Kumpulan lebah buat hal hingga tangguh dua penerbangan

1527

Dua penerbangan terpaksa ditangguhkan selepas sekumpulan lebah membuat kekacauan di lapangan terbang Kolkata, India minggu ini.

lebah penerbangan

Lebah-lebah tersebut pada mulanya muncul di pesawat Vistara pada Ahad ketika pesawat berkenaan sedang menunggu di hangar sebelum berlepas. Keesokan harinya pula, lebah-lebah itu turut muncul di hangar yang sama namun di pesawat yang lain.



Dalam kedua-kedua kejadian itu, sebuah jentera bomba dikerahkan untuk menghalau lebah tersebut sehingga menyebabkan penerbangan itu tertangguh sekitar sejam.

lebah penerbangan

Menurut wakil daripada syarikat penerbangan tersebut, lebah-lebah itu pada awalnya muncul sekitar jam 4 petang pada 29 November, mengerumuni sisi pesawat Visrata yang dijadualkan menuju ke Delhi.

Pesawat yang dijadualkan berlepas sekitar jam 5.30 petang, akhirnya berlepas sekitar 6.30 petang.

Dalam pada kakitangan penerbangan itu mengharapkan insiden tersebut berlaku sekali sahaja, mereka terkejut apabila mendapati bahawa kejadian sama berulang pada keesokan harinya namun pada pesawat yang berlainan.

Namun pada kali ini, serangga tersebut telah mengerumuni pesawat yang dijadualkan berlepas lapangan terbang Port Blair sekitar 10.30 pagi.

Sekumpulan lebah itu telah menghentikan pengendali bagasi daripada memuatkan barangan ke pesawat, kerana ianya berada tepat di atas pintu kargo yang sedang terbuka.

Sekali lagi, ianya terpaksa dihalau. Proses memasukkan barang itu akhirnya bersambung kembali dan penerbangan itu berjaya berlepas pada sekitar jam 11.30 pagi.

Tidak dapat dipastikan mengapa lebah-lebah itu mengerumuni pesawat tersebut, namun sekumpulan lebah madu kebiasaannya mengerumuni apabila mereka ingin memindahkan sarang mereka.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here