Honda CB250R – Ini 5 ciri dinaik taraf yang anda perlu tahu

819

Boon Siew Honda memperkenalkan CB250R yang dikemas kini dengan beberapa ciri baharu.

Jentera ‘Neo Sports Café’ ini kali terakhir dikemas kini pada 2019 dan terkenal dengan daya tarikannya sebagai jentera pemula yang dirangsang gaya motosikal besar. 

Sejak diperkenalkan, motosikal ini mudah mendapat perhatian daripada khalayak ramai.



Ini ciri-ciri baharu untuk CB250R

1. Paparan LCD Honda CB250R baharu memberikan pandangan moden dengan penunjuk kedudukan gear yang jelas dan mudah dilihat. 

2. Suspensi hadapan dinaik taraf dengan fork suspensi depan terbalik 41mm Showa Separate Fork Function Big Piston (SFF-BP). 

Penggunaan fork 41mm Showa Separate Function Big Piston (SFF-BP) USD iaitu suspensi berkualiti tinggi meningkatkan lagi kemampuan pengendalian motosikal. Suspensi belakang menawarkan pelarasan spring 5 langkah. 

3. CB250R dikuasakan oleh DOHC silinder tunggal, enjin empat injap dengan system gear enam kelajuan. Motosikal ini didatangkan dengan slipper clutch untuk memberi kawalan yang lancar apabila menukar gear rendah semasa menunggang. 

4. Salah ciri yang diberi perhatian pada motosikal ini ialah ABS dua saluran yang diuruskan secara dinamik oleh system Inertial Measurement Unit (IMU).

Ia memastikan daya brek diagihkan sama rata antara roda hadapan dan belakang, meminimumkan lonjakan roda belakang, memberikan penunggang penuh keyakinan ketika menunggang di jalan raya.

5. Honda CB250R boleh didapati dalam dua pilihan warna, iaitu Mat Gun Powder Black Metallic dan Candy Chromosphere Red.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here