Gara-gara mata terlalu sepet, sistem sering beri amaran ingatkan pemandu tidur…

1260

Kisah ini mungkin kedengaran agak pelik dan menjadi topik perbincangan hangat di China. Seorang blogger China, DerekTLM mengadu sistem pemanduan pintar kereta XPeng miliknya sering tersalah sangka bahawa dirinya tertidur.

Dalam catatan yang dikongsi di platform  microblogging China, Weibo, penulis blog itu mengadu sering menerima amaran daripada Sistem Pemantauan Pemandu gara-gara matanya yang terlalu sepet. 



“Meh sini saya ulang, mata ambo kecil bukannya ambo tidur ketika memandu. Adakah kami yang bermata kecil ini tidak layak menggunakan Navigation Guided Pilot?,” katanya. 

Blogger berkenaan turut memetik nama Pengerusi XPeng, He Xiaopeng pada hantarannya yang meminta syarikat itu menaiktaraf sistem berkenaan.

Dia juga memberitahu sistem tersebut sering menolak poin pemanduan kerana mengesan pemandu terganggu atau terlelap ketika memandu.

Susulan perkongsian itu, He Xiaopeng meminta kakitangan yang bertanggungjawab berkaitan fungsi pemanduan autonomi berkenaan melakukan tindakan susulan. 

Dalam perkembangan berkaitan, seorang penulis blog terkenal dengan lebih 1.2 juta pengikut di Weibo, ChangYanCY turut berkongsi pengalaman pahit yang sama. 

Dia mendakwa matanya terlalu kecil sehingga Sistem Pemantauan Pemandu di kebanyakan kereta sering tersalah anggap dia tertidur. ChangYanCY juga menyuarakan kebimbangan saiz matanya mungkin menghalang dia menggunakan fungsi canggih sistem bantuan pemandu tersebut.

Sistem Pemantauan Pemandu akan mengukur tahap kecerdasan pemandu di belakang stereng dan memastikan pemandu berwaspada di jalan raya menerusi penilaian tanda-tanda awal mengantuk.

XPeng Motors menawarkan pakej bantuan pemandu yang dikenali sebagai Navigation Guided Pilot (NGP). Tahun lalu sebanyak 543,300 kereta penumpang China dipasang dengan Sistem Pemantauan Pemandu. Ini merupakan peningkatan sebanyak 228.87 peratus berbanding tahun 2020.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here