IAM – MIME: Peluang melihat 300 kenderaan modifikasi terbaik Malaysia

828

Hampir 300 kenderaan bakal disajikan sempena acara International Modified (IAM) Kuala Lumpur dan Ekspo Motor Antarabangsa Malaysia (MIME) 2023 yang diadakan  Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur bermula 27 sehingga 29 Oktober ini.

Acara kereta modifikasi dan pertunjukan gaya hidup terbesar di ASEAN itu bakal menyaksikan pameran kereta ubah suai terbaik Malaysia, selain berkongsi pentas dengan rangkaian luas kereta terbaharu, kenderaan elektrik dan juga 4X4.

Bagi peminat kereta yang diubah suai, IAM akan menyediakan hampir 100 anugerah kepada kenderaan yang dipamerkan terbaik dalam sembilan kategori individu utama membabitkan:



  • Distinctive Awards
  • Style Awards
  • Car Audio Awards
  • Performance Awards
  • Disctinctive Build Awards
  • Type Awards
  • Manufacturer Awards
  • Car Club Awards
  • Region Awards

Turut diberi perhatian ialah anugerah lain menerusi:

  • Best Interior
  • Wildest Wide Body
  • Killer Kolour
  • Best JDM Modified
  • Best Modified Retro
  • Best Contemporary Classic
  • Best Truck
  • Hottest Engine Bay
  • Best City Car
  • Best Compact Car
  • Best Roadster
  • Best European, Asian, American dan Malaysian Modified Car

Tumpuan utama pada tahun ini adalah The King of International Automodified iaitu Nissan Silvia S15 berbadan gentian karbon 1,000 bhp. Kereta itu dikuasakan oleh enjin Toyota 2JZ enam silinder sebaris.

Sementara itu, MIME akan menyaksikan Pesta Kenderaan Elektrik (EV), yang memaparkan pelbagai janis EV dengan julat harga antara RM100,000 hingga RM500,000. Pengunjung juga boleh pandu uji pelbagai jenis EV, membolehkan mereka merasai manfaat mobiliti elektrik.

IAM dan MIME 2023 akan menampilkan pelbagai tarikan termasuk simulator perlumbaan, pameran RC (kawalan jauh), pameran TAMIYA, perhimpunan kelab kereta, pameran kereta eksotik diraja, festival muzik LFYE dan banyak hadiah ditawarkan untuk orang ramai.

Pengunjung boleh membeli tiket di https://ticket.malaysiamotorexpo.com/ atau di http://t2u.asia/e/31710?sec=36057 dan juga boleh didapati di tapak semasa pameran berharga RM30.  Kemasukan untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun adalah percuma.

Pelawat juga layak mendapat kupon rebat RM20 apabila mereka mendaftar di bawah rujukan jpmcollection dengan memuat turun FONEAPPS di https://shop.forestone.com.my/link/referral?ReferralID=jpmcollection

Untuk maklumat lanjut sila layari www.internationalautomodified.com dan www.malaysiamotorexpo.com.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here