Shell Malaysia lancar Program Accelerate to Zero: Pembekal penyelesaian mobiliti perniagaan serba lengkap

311

Shell Malaysia menerusi bahagian mobiliti perniagaannya, Shell Fleet Solutions, secara rasmi melancarkan Program Accelerate to Zero (A2Z) di Malaysia.

Sektor pengangkutan fleet Malaysia kini sedang berdepan dengan keadaan pasaran yang mencabar. Antaranya gangguan rantaian bekalan, kekurangan bilangan pemandu, tekanan untuk mengurangkan pelepasan karbon, usaha untuk mengoptimumkan penggunaan kenderaan dan kos yang meningkat.

Program A2Z oleh Shell direka untuk membantu pemilik fleet pengangkutan mengoptimumkan operasi, mengembangkan perniagaan dan mencapai matlamat kemampanan mereka.



Pelancaran A2Z menyaksikan Shell Fleet Solutions beralih daripada menjadi pembekal kad bahan api tradisional kepada menjadi rakan pilihan untuk penyelesaian serba lengkap yang lebih mudah, pintar dan mampan membabitkan:

  • Shell Card – Shell Card yang diperkemas menjadi kunci kepada semua penyelesaian dan membolehkan integrasi perbelanjaan mobiliti harian fleet pengangkutan. Ini termasuklah perbelanjaan bahan api, telematiks, pelincir dan mengecas kenderaan elektrik (EV) di seluruh rangkaian Shell.
  • Shell Recharge – Ekosistem mengecas EV Shell menyediakan fleet pengangkutan korporat dengan pakej lengkap perkakasan, perkhidmatan perisian dan penyelesaian sokongan yang direka untuk memenuhi keperluan khusus infrastruktur EV. Pelanggan boleh menggunakan rangkaian titik mengecas Shell yang semakin berkembang. 
  • Shell Telematics  Penyelesaian ini menggabungkan data Shell Card yang bersepadu, penjejakan kenderaan secara ‘langsung’, pengawasan prestasi kenderaan dan banyak lagi bagi memberikan fleet kenderaan korporat dengan data penting dan risikan perniagaan bagi membantu mereka mencapai tahap kemampanan yang lebih tinggi.
  • Pemampasan Karbon – Walaupun langkah-langkah untuk mengelakkan dan mengurangkan pelepasan adalah penting untuk diguna pakai bagi mengurangkan pelepasan karbon secara jangka panjang dan sederhana, pengurusan pelepasan yang lebih sukar untuk dielakkan masih menjadi keperluan buat sementara waktu. Pelanggan kini boleh memilih untuk membuat pampasan pelepasan karbon daripada pembelian bahan api mereka melalui kredit karbon yang dijana oleh projek-projek Shell.

 

Pengurus Besar Shell Fleet Solutions Malaysia, Joanna Lean berkata bahawa penyelesaian bersepadu yang disediakan bertujuan memudahkan dan memperkasakan pemilik fleet kenderaan dalam membuat keputusan perniagaan lebih baik untuk kekal berdaya saing bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau ini.

Menurutnya, mengurangkan pelepasan karbon fleet kenderaan boleh menjadi usaha yang rumit, mahal dan mencabar.

Katanya, pemilik fleet kenderaan perlu berdepan dengan perubahan landskap kawal selia, teknologi dan komersial, sambil mengekalkan tahap perkhidmatan yang tinggi untuk perniagaan dan pekerja, serta mengurus kos dalam dunia yang tidak menentu. 

“Shell berhasrat untuk menjadi rakan kongsi pilihan bagi pemilik fleet kenderaan di Malaysia apabila mereka beralih ke arah pengurangan karbon dan mempercepatkan pertumbuhan. 

“Sama ada anda pemilik perniagaan kecil atau perusahaan global yang besar, kami menyediakan penyelesaian fleet kenderaan bersepadu yang didayakan oleh kakitangan, teknologi dan data kami untuk membantu mencapai matlamat perniagaan dan kemampanan anda,” katanya.

Untuk maklumat lanjut tentang Shell Card dan program Accelerate to Zero (A2Z), sila layari www.shell.com/fleetsolutions.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here