
Sebuah video tular di media sosial yang memaparkan roda bahagian belakang SUV Chery tertanggal selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya NKVE, pada Sabtu.
Susulan kejadian yang tular, Chery Auto Malaysia tampil memberi penjelasan bahawa kerosakan pada bahagian depan serta roda kenderaan adalah akibat daripada impak kemalangan dan bukannya disebabkan oleh kegagalan komponen kenderaan.
“Pihak kami telah pun menghubungi pelanggan yang terlibat dan sedang memberikan bantuan yang sewajarnya.
“Kami memahami bahawa insiden ini mungkin menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelanggan serta mencetuskan spekulasi awam,” menurut kenyataan.
Chery Auto Malaysia meminta orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih, kerana boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya serta menyumbang kepada penyebaran maklumat yang palsu.
Bagi sebarang pertanyaan lanjut, aduan, atau maklumat rasmi mengenai kenderaan Chery, pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Chery Careline di nombor 03-9388 0888 untuk mendapatkan kepastian yang tepat.
ARTIKEL BERKAITAN





























