Utama Berita Automotif Roda Jaecoo J5 tercabut, bukan punca kecacatan kilang

Roda Jaecoo J5 tercabut, bukan punca kecacatan kilang

9

Sebuah video tular menunjukkan Jaecoo J5 EV mengalami kerosakan apabila bahagian roda hadapan tercabut di Jalan KH Mas Mansyur, Tanah Abang, Jakarta Pusat sehingga mencetuskan kekecohan di media sosial Indonesia.

Kejadian yang berlaku pada Rabu itu menimbulkan spekulasi dengan dakwaan ia berpunca daripada kecacatan produk atau masalah kualiti kilang.

Bagaimanapun, pihak Jaecoo Indonesia memberikan pencerahan rasmi berhubung kejadian yang berlaku dengan menghubungi pemilik kenderaan terlibat dan menghantar pasukan teknikal. 

Berdasarkan laporan pemeriksaan teknikal, pengeluar mengesahkan bahawa roda hadapan kenderaan berkenaan tercabut selepas melanggar susur dan pagar pembahagi jalan. 

“Berdasarkan pemeriksaan teknikal terhadap kenderaan, pasukan kami merumuskan bahawa J5 itu telah melanggar susur dan pagar pembatas jalan sebelum roda hadapan tercabut.

“Tercabutnya roda tersebut adalah akibat daripada pelanggaran, bukannya punca berlakunya insiden,” menurut kenyataan rasmi. 

Selain itu, SUV berkenaan turut mengalami kerosakan pada bampar hadapan kanan, fender dan bahagian pintu pemandu. 

Pihak syarikat turut memperbetulkan kekeliruan laporan media tempatan sebelum ini yang mendakwa bahagian terjejas adalah roda belakang, sedangkan bukti teknikal mengesahkan ia membabitkan roda hadapan di bahagian kanan.

Jaecoo Utamakan Pembaikan Kenderaan

Pada masa ini, kenderaan tersebut masih dalam proses pembaikan. Jaecoo Indonesia menerusi pasukan selepas jualan sedang mengendalikan dan menguruskan beberapa langkah bagi memastikan proses baik pulih berjalan dengan lancar.

“Pada masa ini, kenderaan sedang menjalani proses pembaikan. Pasukan aftersales Jaecoo Indonesia sedang menguruskan tindakan susulan yang diperlukan serta memfokuskan ketersediaan alat ganti bagi menyokong kelancaran proses pembaikan tersebut,” jelasnya. 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here