Zeus Helmet perkenal ZS-613 Edisi Merdeka, terhad 1000 unit

1957

Zeus Helmets Malaysia memperkenalkan ZS-613 Edisi Merdeka sempena sambutan Kemerdekaan Negara ke-66 pada 31 Ogos ini.

Helmet dua kegunaan itu memberi pilihan kepada pengguna untuk dijadikan open face atau full face.
 
Edisi Merdeka tersebut dijual pada harga RM380 dengan aksesori tambahan dan terhad 1,000 unit. 
 
Rekaan grafik pada ZS-613 Edisi Merdeka tersebut dihasilkan oleh pereka grafik Zeus Helmets Malaysia, Adi Asymawi Akmal.
 
Adi menggunakan padanan warna bendera Malaysia biru, kuning, merah dan putih lalu menyematkan tarikh Tanah Melayu mendapat kemerdekaan di bahagian belakang.
 
 
Selain itu, di bahagian bawah belakang diletakkan nombor siri helmet manakala di atasnya tertera tulisan MERDEKA NEGARAKU.
 
Di bahagian sisi kiri dan kanan helmet, anda akan dapat melihat perkataan Malaysia Truly Asia  berwarna kuning dengan latar hitam.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here