Rafizi: Kerajaan tidak turunkan harga minyak kerana kerajaan perlu tanggung hutang besar

325

Kerajaan tidak dapat melaksanakan penurunan harga minyak kerana kedudukan kewangan negara tidak sama seperti dahulu yang mana perlu menanggung hutang besar.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata partinya berkempen turunkan harga minyak pada 2007 dan 2008.



“Waktu itu kerajaan bertindak naikkan harga minyak secara mendadak menyebabkan inflasi dan harga barang melonjak naik.

“Hutang kerajaan pada masa itu tidak sampai RM600 bilion. Sekarang meningkat tiga kali ganda,” jelasnya menambah kedudukan kewangan kerajaan pada masa itu tidak sama dengan sekarang.

Tambahnya, pada masa itu subsidi masih boleh lagi ditanggung. Maka keputusan kerajaan sebelumnya menaikkan harga minyak secara mendadak memberi kesan kepada inflasi, kenaikan harga barang khususnya inflasi makanan.

“Sedangkan kita masih lagi ada ruang fiskal yang boleh menanggung subsidi minyak. Hutang boleh lagi ditangani, pendapatan kerajaan masih boleh tanggung harga minyak, sebab itu kita kata tiada keperluan untuk menaikkan harga minyak mendadak.

“Harga barang makanan bila dah naik, peniaga susah nak turunkan. Kerana formula yang saya dahululah harga minyak sekarang tak naik melonjak,” katanya pada akaun Twitter. 

Jumaat lalu, Rafizi berkata, tiada sebarang perbincangan mengenai cadangan untuk menurunkan harga runcit bahan api RON95 dan diesel buat masa ini.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here