Utama Berita Automotif LEPAS rasmi jalin kerjasama dengan 20 rakan industri, perluas rangkaian global

LEPAS rasmi jalin kerjasama dengan 20 rakan industri, perluas rangkaian global

4

Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa LEPAS hujung bulan lalu menyaksikan syarikat itu secara rasmi menandatangani Perjanjian Pengedaran Strategik bersama 20 rakan kongsi utama dari Malaysia.

Perjanjian ini menandakan pencapaian penting dalam usaha memperluaskan saluran global LEPAS, sekali gus mempercepatkan pelancaran ekosistem mobiliti elegan.

Bertepatan dengan rancangan Malaysia mempercepatkan peralihan ke arah mobiliti Kenderaan Tenaga Baharu (NEV), kesemua 20 rakan kongsi ini sedang mengukuhkan kedudukan strategik mereka di barisan hadapan segmen NEV premium.

Menawarkan pilihan untuk gaya hidup mobiliti elegan, LEPAS memberi tumpuan kepada tiga tonggak utama: Estetika Leopard (Leopard Aesthetics), Teknologi Elegan (Elegant Technology), dan Ruang Eksklusif (Exquisite Space).

LEPAS mengiktiraf nilai dan rangkaian luas di seluruh negara, piawaian perkhidmatan tinggi, serta kecemerlangan operasi sedia terbukti yang dibawa rakan strategik ini kepada jenama tersebut.

Visi berfokus mereka juga dilihat tepat dengan landskap NEV di Malaysia bersama strategi pembangunan global LEPAS.

“Di LEPAS, kami percaya bahawa keanggunan mampu menggerakkan dunia, dan keanggunan sejati memerlukan perjalanan pelanggan yang benar-benar halus dan teliti,” kata Sarah Choo, Pengarah Jenama Kanan LEPAS.

“Melalui kerjasama sebagai satu unit yang sama, LEPAS sedang membina sistem rangkaian standard bagi menjanjikan pengalaman produk imersif, proses jualan dan penghantaran lancar, serta penjagaan selepas jualan yang rapi.

“LEPAS komited membawakan gaya hidup mobiliti yang elegan kepada pengguna di seluruh Malaysia,” tambah Sarah.

Barisan model LEPAS yang terdiri daripada SUV L4, L6, dan L8, dibina berasaskan platform NEV global baharu Kumpulan Chery.

Ia direka khusus untuk menampung pelbagai saiz kenderaan dan menyokong pelbagai pilihan rangkaian kuasa, termasuk sistem pembakaran dalaman (ICE), hibrid, dan elektrik sepenuhnya (EV).

Asas global LEPAS disokong oleh keupayaan R&D, kejuruteraan, dan rantaian bekalan bertaraf dunia daripada Kumpulan Chery.

Melangkah ke hadapan, LEPAS akan terus mendukung falsafah pembangunan global Kumpulan Chery iaitu “In somewhere, For somewhere, Be somewhere“, serta terus memperkukuh kerjasama strategik dengan rakan kongsi di seluruh dunia.

LEPAS juga bakal mempercepatkan pembukaan rangkaiannya di seluruh Malaysia, bekerjasama rapat dengan rakan kongsi tempatan untuk membina ekosistem mobiliti NEV elegan.

Maklumat terkini boleh diperoleh di media sosial rasmi LEPAS Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here