Utama Berita Automotif ABT Sportsline ubah Audi A6 eHybrid jadi wagon jahat yang pantas

ABT Sportsline ubah Audi A6 eHybrid jadi wagon jahat yang pantas

5

Bosan dengan penampilan standard wagon Audi anda tapi tidak mampu untuk beli model sporti Audi RS

Syarikat penala ABT Sportsline menawarkan pakej naik taraf prestasi dan penampilan untuk para pemilik wagon A6 eHybrid Quattro S Tronic. 

Pakej naik taraf itu menjadikan A6 Avant sebagai model yang setaraf dengan sebuah S6 yang tidak lagi ditawarkan oleh Audi. 

Model asas menggunakan enjin 2.0L turbo yang dipadankan dengan motor elektrik tunggal dan pek bateri 14.1 kWh yang boleh bergerak sejauh 111 km dalam mod sifar emisi. 

Namun dengan pakej ABT Power, kuasa keseluruhan meningkat daripada 362 hp/500 Nm kepada 422 hp/550 Nm yang memacu semua roda. 

Angka terbaharu itu tidaklah sehebat model S6 yang dipacu enjin V6 2.9 liter turbo (444 hp/600 Nm), tapi mampu membuatkan pemandu lain berpeluh. 

Selain peningkatan kuasa, ABT turut memasang spring yang lebih rendah untuk pengendalian yang lebih baik dan postur badan yang lebih agresif. 

Dari segi visual, ABT menawarkan kit badan yang merangkumi splitter depan, spoiler belakang, empat tip ekzos hitam kusam, serta rim ABT Sport HR21 yang dibaluti tayar prestasi. 

Ruang kabin pula mendapat kemasan karpet ABT dan lampu lopak berlogokan ABT. 

Pakej penuh ABT dijual pada harga €15,500 (RM71,723), atau boleh dibeli secara berasingan terdiri daripada: 

  • kit naik taraf kuasa – €2,990 (RM13,836)
  • set rim dan tayar – €7,600 (RM35,167)

Sebagai panduan, harga untuk sebuah A6 Avant standard bermula dari €77,550 (RM358,847) di Jerman tidak termasuk kos naik taraf yang ditawarkan oleh pihak ABT. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here