
Morbidelli baru-baru ini memperkenalkan motosikal gaya retro Timeless 1200 di pasaran China yang mirip kepada model Triumph Bonneville.
Timeless 1200 ini bukanlah model yang benar-benar baharu, memandangkan ia sendiri berkongsi asas dengan model yang sudah dijual di China beberapa tahun lalu, seperti Brixton Cromwell 1200X dan Gaokin GK1200.
Antara ciri unik yang ada pada jentera ini ialah penanda arah kompas pada lampu depan dan kemasan tulisan pada tangki untuk penampilan yang klasik.
Selain itu, ia turut didatangkan dengan komponen elektronik Magneti Marelli, sistem ride-by-wire Dell’Orto, brek Nissin, tetapan suspensi KYB, rantai DID serta sistem ABS Bosch.
Tayar pula menggunakan Pirelli Scorpion Rally STR pada kedua-dua gandar.
Timeless 1200 dikuasakan oleh enjin yang mampu menjana kuasa 82 hp pada 6,550 rpm dan 108 Nm pada 3,100 rpm.
Biarpun hadir dengan sistem sejukan cecair, Timeless 1200 dilengkapi dengan sirip penyejukan palsu bagi mengekalkan rupa klasiknya.
Di pasaran China, Morbidelli Timeless 1200 dijual pada harga sekitar RM27,745, lebih murah berbanding model Triumph Bonneville yang dipasang di Thailand.


































