Ajak Shiro terima hadiah Triumph Bonneville T120 Black

3327

Selain kembali ke konti radio pada hari ulangtahun kelahirannya, pelawak Ajak Shiro turut menerima kejutan daripada isteri tercinta, Afifah Amin. Afifah telah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah motosikal berkuasa tinggi, Triumph Bonneville T120 Black kepada Ajak.

Triumph Bonneville T120Ajak berkata, selepas tamat program di Damansara bersama Suria FM semalam (Isnin) dia bergegas pulang ke rumah dan terkejut melihat dekorasi untuk sambutan hari ulang tahun kelahirannya.

Namun, kejutan yang dirancang oleh isterinya itu tidak menjadi kerana Ajak pulang lebih awal daripada waktu yang sepatutnya. 



Triumph Bonneville T120 Black dikuasakan oleh enjin 1200cc, vertical twin enam kelajuan. Jentera ini mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 80hp pada 6,550 rpm dengan tork maksimum 105Nm pada 3,500 rpm.

Badan jentera ini yang bewarna matte hitam menampakkan gaya motosikal ini yang begitu menarik. Kemudian pada panel kiri dan kanan, logo London Union Flag disertakan. Motosikal gaya klasik ini menggunakan lampu LED dan mempunyai kod bersiri pada casis yang mengesahkan kenderaan ini merupakan kenderaan edisi terhad.

Bagaimanapun Ajak turut mengucapkan terima kasih kepada isteri, anak-anak, Pak Ya, Ropie dan pengurus kerana telah bersusah payah untuk dirinya.

Triumph Bonneville T120“Terima kasih semua…Saya tak sangka dah masuk umur 36 tahun pun masih ada yang raikan hari jadi saya.

“Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa gembira dan terharunya saya ketika ini.

“Saya bersyukur dikurniakan isteri yang baik dan penyayang dan dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang sentiasa mengambil berat,” ujarnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here