BMW Motorrad bangunkan sistem pengecas tanpa wayar

1425

BMW Motorrad dilaporkan membangunkan sistem pengecasan tanpa wayar seperti pengecas bateri telefon pintar yang canggih. Teknologi pengisian bateri tanpa wayar ini akan dimanfaatkan dari tongkat motosikal.

Bagi pengilang seperti mereka, era elektrifikasi semakin jelas mencabar. Selain itu, semakin banyak peredaran kenderaan elektrik (EV) di jalan raya. Memenuhi keperluan pengguna sememangnya menjadi keutamaan, terutamanya mengenai kepraktisan pengisian bateri.



BMW Motorrad menemui cara baru pengisian bateri dan ianya menjadi lebih mudah. Untuk kaedah yang digunakan, BMW meletakkan pad pengisian yang diletakkan di atas tanah. Alat ini sekaligus menjadi alas kepada tongkat motosikal. Pad pengisian ini mengandungi gegelung AC, dimana jika terdapat logam mendekatinya, maka induksi elektrik akan terjadi, kemudian mengalir ke dalam bateri.

Cara pengisisannya dilakukan apabila motosikal diparkir. Tongkat motosikal akan menjadi komponen yang berupaya mengalirkan arus elektrik. Apabila diletakkan pada pad pengecasan tanpa wayar, tongkat motosikal akan menghasilkan sambungan dengan unit pengecasan bateri.

Teknologi ini boleh dikatakan diilhamkan dari teknologi telefon pintar yang canggih. Pengecasan bateri hanya dilakukan dengan meletakkan tongkat motosikal ke pad pengecasan. Pengecas pad BMW mungkin hanya menyediakan satu penyelesaian pengecasan tahap 1.

Ia memerlukan satu malam untuk mengisi sepenuhnya bateri. Tidak ada lagi maklumat tentang tahap pengisian pantas. Walau bagaimanapun, pihak pengilang boleh merancangnya. Kerana, pada masa ini teknologi pengisian cepat juga perlahan-lahan beralih ke pengisisan ke tanpa wayar.

Inovasi ini sebenarnya telah diilhamkan oleh BMW sejak November 2019. Peranti ini dianggap lebih kemas dan mudah. Tentunya sangat selaras dengan perkembangan EV. Di samping itu, ia boleh meningkatkan kecekapan dan memudahkan motosikal elektrik BMW untuk mengecas semula bateri.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here