Dapatkan Ang Pao bernilai RM2,000 dari Ford sempena Tahun Baru Cina!

1697

Jika anda mahu mencari trak pikap baharu untuk digayakan sempena cuti Tahun Baru Cina akan datang, ini mugkin masa paling sesuai.

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, hari ini mengumumkan promosi jualan Tahun Baru Cina dengan tawaran-tawaran menarik untuk Ranger Raptor dan Ranger WildTrak.



Para pelanggan yang membeli Ford Ranger WildTrak atau Ranger Raptor (sehingga 31 Januari) akan menikmati penyelengaraan percuma selama dua tahun atau 40,000km (yang mana terdahulu), Ang Pao bernilai RM2,000 dan Payung Golf Eksklusif Ford Performance.

Ford Ranger WildTrak didatangkan dengan rebat tunai RM3,000 semasa tempoh promosi ini.

Sebagai raja trak pikap, Ranger WildTrak premium dilengkapi dengan pelbagai teknologi keselamatan pintar terkini yang memberikan keupayaan ‘Built Ford Tough’ disertai dengan keselesaan dan serba boleh sebagai kenderaan penumpang.

Ranger Raptor pula – pikap berprestasi yang terunggul di Malaysia – dinadikan DNA Prestasi Ford dan melangkaui jangkaan dengan ciri-ciri canggih Terrain Management System, plet hentaman lebar untuk menahan impak kuat kerana laluan lasak, serta perendam hentak FOX Racing Shox.

Kedua-dua varian dan barisan Ranger yang lain, datang dengan waranti penuh oleh pengeluar untuk tiga tahun atau sehingga 100,000km, yang mana terdahulu.

Untuk maklumat lanjut tentang jenama Ford di Malaysia, layari https://www.sdacford.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here