Harley-Davidson RM7.4 juta yang termahal di dunia

4189
Harley-Davidson Softail Slim S

Apa yang dilihat, ini adalah motosikal “harley” paling mahal di dunia selepas dijual pada berharga £1.4 juta (RM7.4 juta).

Ini adalah satu-satunya model Harley-Davidson yang hadir dengan cincin berlian yang di letak pada tangki minyaknya.

Jentera unik itu adalah hasil ciptaan gabungan dua syarikat terkemuka dunia membabitkan pembuat jam Swiss, Car F Bucherer dan pakar Harley-Davidson, Bündnerbike.



Jentera termahal di dunia

Hasil jentera ini cukup memukau selepas dipertontonkan dengan gaya mewah serta luar biasa berbanding motosikal kustom lain.

Bagi menjayakan jentera mewah ini, model Harley-Davidson Softail Slim S digunakan yang mana ia memerlukan masa 2,500 jam dengan menggunakan lapan pekerja.

Jam tangan Carl F Bucherer

Kepingan emas disaluti pada beberapa komponen itu membabitkan pedal brek, klac dan pendikit, manakala permukaan enjin dilengkapi LED tahap panas.

Tempat duduknya dibina seolah-olah tempat duduk pelapik kuda dengan penunggang tunggal dengan tempat pemegang diletak berlian.

Malah, warna biru yang digunakan cukup unik selepas diadunkan teknik rahsia apabila boleh kerdipan berlian pada jentera ini.

Cincin berlian pada tangki minyak

Paling penting dan berharga jentera ini adalah pada bahagian tangkinya.

Pada komponen itu, ia diletak cincin berlian pada bahagian kanan tangki, manakala kiri pula dipadankan jam Carl F. Bucherer yang mana kedua-dua ditutup dengan cermin lut sinar.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here