Utama Berita Automotif iCAUR lebar sayap ke Sabah, buka pusat 3S di Kota Kinabalu

iCAUR lebar sayap ke Sabah, buka pusat 3S di Kota Kinabalu

5

iCAUR Malaysia terus memperkukuhkan kehadirannya di Malaysia Timur dengan pembukaan Pusat Jualan, Servis dan Alat Ganti (3S) pertama di Kota Kinabalu, Sabah.

Keputusan ini diambil bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat di negeri berkenaan.

Pusat 3S dikendalikan Universal Icar Sdn Bhd itu menawarkan kemudahan sehenti merangkumi jualan kenderaan baharu, servis selepas jualan, bekalan alat ganti tulen serta sokongan pemilikan untuk pelanggan iCAUR di Sabah dan kawasan sekitar.

Pengarah Kanan iCAUR Malaysia, Francis Chin berkata, pembukaan pusat 3S itu adalah pencapaian penting dalam usaha syarikat memperluaskan rangkaian pengedar di seluruh negara.

“Kehadiran pusat 3S di Kota Kinabalu membolehkan pelanggan di Sabah menikmati pengalaman jualan dan perkhidmatan selepas jualan yang setanding dengan pelanggan di Semenanjung Malaysia,” katanya.

iCAUR kini memiliki 21 pusat jualan di seluruh negara dan menyasarkan jumlah itu meningkat kepada 30 menjelang penghujung 2026.

Selepas Sabah, Sarawak dikenal pasti sebagai destinasi seterusnya bagi menyokong pertumbuhan permintaan di Malaysia Timur.

Dibina di atas tanah seluas 1,170 meter persegi, pusat 3S ini mampu mempamerkan sehingga 4 kenderaan pada satu masa dan dilengkapi 3 ruang servis khas.

Antara kemudahan lain yang disediakan:

  • Ruang penyerahan kenderaan khas
  • 2 stesen pengecasan EV persendirian
  • Ruang istirahat pelanggan
  • Wi-Fi dan sajian ringan percuma
  • Zon permainan interaktif untuk pengunjung

Selaras dengan identiti jenama Born to Play, pusat ini bukan sekadar bilik pameran, ia direka sebagai ruang komuniti di mana pelanggan boleh mengenali jenama iCAUR, mendapatkan servis, atau mengecas kenderaan dalam suasana lebih selesa.

Pembukaan ini juga bertepatan dengan sambutan positif terhadap rangkaian SUV iCAUR yang mengetengahkan gabungan reka bentuk Boxy Retro Classic, ciri praktikal untuk kegunaan harian dan karakter lasak sesuai gaya hidup pengembaraan.

Waktu Operasi iCAUR 3S Kota Kinabalu

Pusat Jualan

  • Isnin – Jumaat: 8.30 pagi – 6.00 petang
  • Sabtu: 8.30 pagi – 4.00 petang
  • Ahad & Cuti Umum: 10.00 pagi – 3.00 petang

Pusat Servis

  • Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 5.00 petang
  • Sabtu: 8.00 pagi – 3.00 petang
  • Ahad & Cuti Umum: Tutup

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here