Utama Berita Automotif Kempen ’48-Hour Volvo Merdeka Deal’ tawar rebat hingga RM70,000

Kempen ’48-Hour Volvo Merdeka Deal’ tawar rebat hingga RM70,000

5

Volvo Car Malaysia menganjurkan kempen jualan khas 48-Hour Volvo Merdeka Deal pada 15 dan 16 Ogos 2026 dengan menyediakan rebat tunai sehingga RM70,000 untuk model SUV tujuh tempat duduk Volvo XC90.

Tawaran adalah tertakluk kepada ketersediaan stok.

Kempen selama dua hari itu turut menampilkan pelbagai ganjaran eksklusif buat pelanggan yang hadir ke acara berkenaan.

Pengunjung yang membuat pandu uji mana-mana model Volvo akan menerima minuman kopi artisanal secara percuma. 

Pelanggan yang membuat tempahan kenderaan sepanjang tempoh kempen pula layak menyertai cabutan bertuah dengan peluang memenangi barangan eksklusif Volvo.

Bagi pelanggan yang menerima penyerahan kenderaan baharu turut berpeluang membawa pulang hadiah misteri.

Volvo XC90 kekal menjadi antara model paling popular jenama ini dengan gabungan reka bentuk Scandinavia yang minimalis, ruang kabin luas, teknologi keselamatan termaju serta keselesaan premium untuk seisi keluarga.

Tawaran rebat khas ini menjadikannya pilihan menarik bagi pembeli yang ingin menaik taraf kepada SUV mewah.

Selain XC90, beberapa model Volvo lain turut ditawarkan dengan rebat istimewa :

  • Volvo XC90 – Rebat tunai sehingga RM70,000 (stok terhad)
  • Volvo EX30 Ultra – Rebat RM30,888
  • Volvo EC40 Single Motor – Rebat RM30,000
  • Volvo XC60 Model Year 2026 – Rebat RM29,200 (berserta pakej VSP Plus 5 bernilai RM15,800) 
  • Volvo ES90 – Rebat RM20,000, tambahan rebat hujung minggu RM7,000 serta Volvo Wallbox percuma bernilai RM3,990

Kempen ini berlangsung di seluruh negara menerusi rangkaian pengedar sah Volvo.

Bagi pelanggan di Lembah Klang, acara utama akan berlangsung di Carfe, Petaling Jaya dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang pada kedua-dua hari tersebut.

Pelanggan di luar Lembah Klang pula boleh mengunjungi bilik pameran Volvo yang mengambil bahagian di Pulau Pinang, Perak, Melaka, Johor dan Kota Kinabalu untuk menikmati tawaran sama.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here