Utama Berita Automotif Guna nombor plat palsu, rider nekad larikan diri daripada JPJ

Guna nombor plat palsu, rider nekad larikan diri daripada JPJ

7
Tindakan seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri membongkar kepada penggunaan nombor pendaftaran palsu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL), pada Selasa.
 
Menurut kenyataan, penunggang motosikal Honda Wave tersebut bertindak memecut laju bagi menghindari tindakan penguatkuasaan di Jalan Ampang berhampiran KLCC.
 
Hasil siasatan awal Unit Falcon JPJ WPKL mendapati penunggang mengaku cuba melarikan diri kerana bimbang tindakan diambil atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu dan penggunaan nombor pendaftaran yang dipalsukan.
 
“Nombor pendaftaran tersebut dipercayai direka khas bagi menyerupai nama dan tarikh lahir teman wanitanya.
 
“Kesalahan lain yang dilakukan termasuklah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, cermin pandang belakang dan gagal mempamerkan nombor pendaftaran hadapan,” jelasnya.
 
Susulan itu, motosikal berkenaan telah disita dan dibawa ke Pejabat JPJ WPKL. Notis Sita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dikeluarkan dan kes akan dibawa ke mahkamah pada 3 Februari 2027.
 
JPJ WPKL mengingatkan orang ramai bahawa pemalsuan nombor pendaftaran dan kegagalan mematuhi arahan pegawai penguat kuasa merupakan kesalahan serius yang boleh dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here