Utama Berita Automotif JPJ Selangor kesan treler pasang lampu tambahan haram

JPJ Selangor kesan treler pasang lampu tambahan haram

6

Tindakan segelintir pengusaha atau pemandu kenderaan barangan yang mengubah suai kenderaan dikesan menerusi siri penguatkuasaan terbaharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor dalam Operasi Kenderaan Barangan, pada Rabu.

Operasi berkenaan dijalankan di kawasan rehat dan rawat (R&R) Kundang yang mana pihak penguat kuasa mengesan sebuah treler menggunakan aksesori lampu tambahan pada bahagian depan.

Menerusi operasi pemantauan rapi yang dijalankan oleh pihak penguat kuasa JPJ Selangor, fokus utama pemeriksaan diarahkan terhadap aspek teknikal kenderaan, terutamanya kesalahan pemasangan lampu atau aksesori tambahan yang tidak mengikut spesifikasi sah yang ditetapkan undang-undang jalan raya.

Tindakan tegas diambil bagi membendung risiko silau atau gangguan pandangan kepada pengguna lebuh raya yang lain demi menjamin keselamatan bersama.

Pihak JPJ Negeri Selangor menegaskan bahawa pemantauan dan operasi seumpama itu akan terus diperkasakan dari semasa ke semasa.

Langkah berterusan itu adalah bagi memastikan semua pemandu kenderaan perdagangan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan serta keselesaan pengguna jalan raya secara menyeluruh.

Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan berkaitan kesalahan lalu lintas diminta menyalurkan maklumat tersebut menerusi emel rasmi di aduantrafik@jpj.gov.my atau menggunakan platform aplikasi e-aduan beserta butiran pengadu dan butiran aduan yang lengkap.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here