Utama Berita Automotif Gagal patuh spesifikasi, JPJ sita motor Pewa

Gagal patuh spesifikasi, JPJ sita motor Pewa

7
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kulim menyita dua buah motosikal menerusi Ops PEWA yang dijalankan pada 18 hingga 19 Oktober lalu di Jalan Selarong–Sedim daan Jalan Pondok Labu–Kulim, Kedah.
 
Menurut kenyataan pada Khamis, hasil pemeriksaan mendapati motosikal berkenaan melakukan pelbagai kesalahan melibatkan ketidakpatuhan terhadap spesifikasi teknikal kenderaan.
 
“Antara kesalahan lain yang dilakukan termasuklah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan penyalahgunaan LKM.
 
“Susulan itu, tindakan penyitaan di bawah Seksyen 64(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah diambil terhadap kedua-dua motosikal berkenaan,” jelasnya.
 
JPJ menegaskan bahawa setiap pemilik dan penunggang kenderaan wajib mematuhi undang-undang serta memastikan kenderaan mempunyai LKM dan insurans yang sah serta memenuhi spesifikasi keselamatan yang ditetapkan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here