
Aveta International Sdn Bhd, pengedar rasmi Peugeot Motocycles di Malaysia, melancarkan Peugeot Speedfight 4+ GP Edition, edisi terhad hanya 50 unit, yang dihasilkan sempena musim MotoGP™ dan dengan kerjasama Motul.
Dibina secara eksklusif untuk pasaran Malaysia, Speedfight 4+ GP Edition yang menggabungkan karakter sporty skuter bersama penampilan berinspirasikan perlumbaan yang menyerap tenaga MotoGP™.
Ia menjadi jentera istimewa untuk penunggang yang mahu tunggangan harian mereka dengan membawa sedikit jiwa litar lumba.
Pelancaran ini turut menandakan peranan Motul sebagai rakan pelincir rasmi Peugeot Motocycles.
Motul adalah jenama global dalam penghasilan bahan pelincir motosikal dan sinonim dengan dunia sukan permotoran.
Semua pengedar sah Peugeot Motocycles akan menggunakan pelincir Motul, membolehkan pelanggan mendapat servis motosikal dengan produk berprestasi tinggi.
Dengan hanya 50 unit ditawarkan di seluruh negara, setiap unit didatangkan dengan set lengkap minyak pelincir Motul, jadi anda boleh terus menunggang dengan kelengkapan penuh:
- Motul Scooter Power LE MB 5W-40, untuk enjin
- Motul Scooter Gear Plus 80W-90, untuk gear transmisi
Harga ditawarkan bagi model edisi terhad ini bermula RM10,888. Setelah 50 unit habis dijual, tiada lagi pengeluaran.
Peugeot Speedfight 4+ GP Edition boleh didapati melalui semua pengedar sah Peugeot Motocycles di seluruh negara.
Peugeot Speedfight 4+ GP Edition dikuasakan:
- enjin 150cc SmartMotion® satu silinder, 4-lejang
- penyejukan cecair yang menghasilkan kuasa 9.3 kW (kira-kira 12.5 hp) pada 7,500 rpm dan tork 13.2 Nm pada 5,500 rpm
- kelajuan maksimum 100 km/j
- tangki bahan api 7.4 liter
- penggunaan bahan api sehingga 2.7L/100km dan memenuhi piawaian pelepasan Euro 4
- sistem ABS dwi saluran
- rim aloi ringan dengan tayar bersaiz 130/60-13 di hadapan dan belakang
Model edisi terhad ini berukuran 1,908 mm panjang, 715 mm lebar dan 1,135 mm tinggi, dengan jarak roda 1,319 mm, kelegaan tanah 136 mm dan berat bersih 125 kg.
GALERI


























