Utama Berita Automotif Lebih 700 penunggang sertai Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2026

Lebih 700 penunggang sertai Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2026

6

PETRONAS Sprinta sekali lagi menyemarakkan semangat komuniti permotoran menerusi penganjuran Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2026 yang kembali untuk tahun keempat dengan penyertaan paling ramai.

Konvoi kali ini menghimpunkan lebih 700 penunggang motosikal daripada pelbagai komuniti, jenama dan kapasiti enjin, menjadikannya perhimpunan terbesar sejak penganjuran bermula.

Penganjuran tahun ini menyaksikan pelbagai jenis jentera daripada motosikal berkapasiti kecil dan sederhana sehingga motosikal berkuasa tinggi seperti Harley-Davidson, Ducati, BMW, Yamaha, Honda, Suzuki dan Kawasaki.

Kepelbagaian jentera serta latar belakang peserta menjadikan konvoi itu satu perhimpunan unik yang menyatukan komuniti motosikal dalam satu perjalanan menuju ke acara permotoran terbesar di Malaysia, MotoGP Sepang.

Konvoi bermula dari PETRONAS Cyberjaya sebelum bergerak secara berkumpulan menuju ke Litar Sepang dengan iringan pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang bagi memastikan pergerakan berlangsung teratur dan lancar.

Para peserta turut berkongsi keterujaan dengan kelancaran perjalanan sepanjang konvoi, sekali gus memberikan pengalaman tunggangan yang menyeronokkan serta mengutamakan aspek keselamatan dan disiplin di jalan raya.

Setibanya di Litar Sepang, semua peserta singgah di Pavilion PETRONAS untuk menikmati suasana serta aktiviti yang disediakan sebelum meneruskan agenda utama menyaksikan aksi perlumbaan dari Main Grandstand.

Penganjuran untuk tahun keempat itu bukan sahaja mengukuhkan Konvoi PETRONAS Sprinta sebagai acara yang dinantikan komuniti motosikal, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara PETRONAS Sprinta dan para penunggang daripada pelbagai segmen.

Kehadiran lebih 700 peserta tahun ini turut mencerminkan semangat kebersamaan komuniti dua roda yang melangkaui perbezaan jenama, model dan kapasiti enjin.

Dengan sambutan menggalakkan, PETRONAS Sprinta berharap program seumpama itu dapat terus mendekatkan jenama dengan komuniti motosikal Malaysia, di samping memupuk budaya tunggangan yang selamat, berdisiplin dan penuh semangat persaudaraan.

GALERI:

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here