Utama Berita Automotif Peraduan Petronas Sprinta 40 Tahun tawar pelbagai hadiah lumayan

Peraduan Petronas Sprinta 40 Tahun tawar pelbagai hadiah lumayan

8

Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) melancarkan Peraduan Petronas Sprinta 40 Tahun, menandakan kempen penutup sambutan ulang tahun ke-40 jenama minyak pelincir motosikal ikonik negara, Petronas Sprinta.

Kempen bertemakan ‘Raikan Legasi 40 Tahun’ itu berlangsung 1 Februari hingga 30 April 2026, bagibmenghargai sokongan berterusan pengguna setia dan mengukuhkan kedudukan Sprinta sebagai pilihan utama penunggang motosikal di Malaysia.

Penyertaan peraduan itu sangat mudah dan terbuka kepada semua pengguna.

Setiap pelanggan hanya perlu melakukan pembelian satu botol Petronas Sprinta sintetik – sama ada Sintetik Penuh atau Semi Sintetik – untuk satu penyertaan.

Mereka kemudiannya dikehendaki mengimbas kod QR pada poster atau bahan promosi.

Seterusnya, peserta diminta melengkapkan e-borang di portal MyMesra dan memuat naik resit pembelian

Peraduan itu melibatkan barisan minyak pelincir sintetik Petronas Sprinta seperti :

Sintetik Penuh
Racing with Ester
A900
F900
F900HD
T900

Semi Sintetik
A700
F700
T500

Pembelian produk itu boleh dibuat di kedai rasmi dalam talian Petronas Shop melalui Setel, Shopee dan TikTok, Kedai Mesra di stesen Petronas, bengkel Petronas MotoExpert, bengkel motosikal Petronas Sprinta terpilih.

Sepanjang Februari dan Mac, pemenang bulanan bakal membawa pulang hadiah menarik seperti:

Yamaha 135 LC V8
Helmet Edisi Terhad ARC 40 Tahun Petronas Sprinta
Baucar Setel pelbagai nilai sehingga RM1,000

Cabutan Akhir pada Mei 2026 pula menawarkan tiga hadiah utama iaitu:

Hadiah Utama: SYM ADXTG400 dan Helmet Edisi Terhad ARC 40 Tahun Petronas Sprinta

Hadiah Kedua: Zontes 368G dan Helmet Edisi Terhad ARC 40 Tahun Petronas Sprinta

Hadiah Ketiga: Yamaha Y16ZR dan Helmet Edisi Terhad ARC 40 Tahun Petronas Sprinta 40 Tahun Bersama Penunggang Malaysia

Petronas Sprinta kekal antara pelincir motosikal paling dipercayai di Malaysia sejak empat dekad lalu.

Diperkukuh dengan teknologi UltraFlex, ia menawarkan prestasi responsif, perlindungan enjin optimum dan ketahanan terhadap haba serta tekanan tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif PLMM, Zameer Zahur Hussain berkata, Sprinta bukan sekadar produk, sebaliknya sebahagian perjalanan jutaan penunggang motosikal tempatan sejak generasi ke generasi.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here