Utama Berita Automotif Dari penonton setia ke pemilik Nissan KICKS e-POWER B baharu

Dari penonton setia ke pemilik Nissan KICKS e-POWER B baharu

5

Rezeki tidak disangka buat Leong Pik Leng apabila diumumkan pemenang Hadiah Utama Kempen Tonton Non Stop, On Top! Pusingan Ke-3, sekali gus membawa pulang sebuah Nissan KICKS e-POWER serba baharu.

Bukan sekadar menang, Pik Leng kini bakal merasai sendiri keunikan teknologi e-POWER — 100 peratus digerakkan motor elektrik dengan tork serta-merta – pecutan lancar dan pemanduan senyap, tanpa perlu risau mencari stesen pengecas kerana enjin petrolnya akan mengecas bateri secara automatik.

“Ini kemenangan terbesar dalam hidup saya! Sampai sekarang masih tak percaya dapat bawa pulang Nissan KICKS e-POWER baharu.

“Terima kasih Nissan dan Tonton kerana merealisasikan impian ini. Ini kereta Nissan pertama saya, gementar ada, teruja pun ada.

“Tak sabar nak cipta banyak kenangan indah bersama keluarga,” luah Leong.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Christopher Tan mengalu-alukan kehadiran Leong ke dalam keluarga besar Nissan.

“Selamat datang ke keluarga Nissan. Kami teruja melihat perjalanan baharu beliau bersama KICKS e-POWER.

“Semoga setiap pemanduan dipenuhi keseronokan dan memori terindah,” katanya.

Tambah beliau, kolaborasi bersama Tonton adalah bukti komitmen Nissan dalam menghargai rakyat Malaysia menerusi hiburan dan ganjaran bermakna, sambil memperkenalkan teknologi inovatif e-POWER kepada lebih ramai pengguna.

Layari http://www.nissan.com.my atau hubungi 1800-88-3838 untuk promosi terkini Nissan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here