Utama Berita Automotif Denza perluas rangkaian, buka pusat 4S baharu Di Balakong

Denza perluas rangkaian, buka pusat 4S baharu Di Balakong

4

Denza terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia menerusi pembukaan rasmi Denza Balakong by Wing Hin Elegant di Seri Kembangan, Selangor.

Pusat 4S baharu seluas kira-kira 3,000 meter persegi itu menawarkan perkhidmatan lengkap merangkumi:

  • jualan
  • servis selepas jualan
  • baik pulih badan dan cat

Ia antara TIGA PUSAT PENGEDAR Denza terbesar di negara ini dari segi keluasan, dengan ruang pameran seluas 650 meter persegi yang menempatkan tujuh ruang paparan kenderaan di dua tingkat serta ruang penyerahan kenderaan khusus seluas 61 meter persegi.

Untuk penyelenggaraan, pusat berkenaan dilengkapi:

  • tujuh ruang servis bagi kerja mekanikal dan penjajaran roda
  • kemudahan membaik pulih badan dan cat
  • khidmat jualan
  • penjagaan kenderaan

Pelanggan yang berkunjung berpeluang menyaksikan rangkaian model mewah Denza termasuk Denza D9, Denza B8 dan Denza Z9GT.

Sempena pelancaran, pelanggan yang membuat tempahan mana-mana model Denza di pusat itu berpeluang menerima hadiah eksklusif, dengan tawaran sah sehingga 31 Disember 2026.

Dari segi rekaan, pusat itu menggabungkan identiti jenama dengan elemen seni tempatan, termasuk dinding khas yang memaparkan detik penting perjalanan Denza.

Kemudahan lain termasuk ruang menunggu selesa, stesen minuman dengan kopi percuma serta bilik VIP.

Pusat itu turut dirancang untuk dilengkapi teknologi pengecasan BYD Flash Charging pada masa hadapan sebagai sebahagian usaha memperluas kemudahan pengecasan untuk pelanggan kenderaan elektrik.

Pengarah Urusan BYD Malaysia, Jacob Ma berkata, pembukaan pusat berkenaan merupakan langkah penting dalam memperluas kehadiran Denza, khususnya bagi mendekati lebih ramai pelanggan di selatan Lembah Klang dan memperkukuh sokongan selepas jualan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Wing Hin Elegant, Crystal Loh berkata, pihaknya mahu menjadikan pusat 4S itu bukan sekadar lokasi untuk melihat dan membeli kenderaan, malah sebagai destinasi komuniti setempat melalui pelbagai aktiviti dan pengalaman menarik, di samping membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan.

Dalam pada itu, Amelia Choo dan Seow Fock Keong masing-masing diiktiraf sebagai ahli Denza Elite bagi suku pertama dan kedua tahun ini berdasarkan prestasi jualan serta komitmen terhadap pelanggan.

Dengan pembukaan terbaharu itu, Denza kini mempunyai lapan bilik pameran di Malaysia.

Denza Balakong by Wing Hin Elegant beralamat:

  • Lot 9257C, Jalan Balakong Kembangan, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Pusat ini beroperasi seperti jadual berikut :

  • Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 6.00 petang
  • Sabtu dan Ahad, 10.00 pagi hingga 5.00 petang

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here