Utama Berita Automotif OMODA | JAECOO perhebat kemahiran, anjur Pertandingan Kemahiran 2026

OMODA | JAECOO perhebat kemahiran, anjur Pertandingan Kemahiran 2026

5

Jenama OMODA | JAECOO Malaysia terus memperkukuh kualiti perkhidmatan selepas jualan menerusi penganjuran OMODA | JAECOO Technical Skills Competition 2026.

Inisiatif itu bertujuan meningkatkan kemahiran teknikal, keupayaan diagnosis dan kepakaran pembaikan dalam kalangan juruteknik, sekali gus memastikan pelanggan menikmati pengalaman pemilikan kenderaan lebih memuaskan dan meyakinkan.

Ketua OMODA | JAECOO Malaysia, Chris Tan berkata, kepuasan pelanggan bukan sekadar bergantung kepada pengalaman ketika membeli kenderaan, malah merangkumi setiap interaksi dengan pasukan servis selepas jualan.

Menurutnya, seiring perkembangan teknologi automotif, peningkatan pengetahuan dan kemahiran juruteknik adalah penting bagi memastikan setiap kenderaan menerima penyelenggaraan serta pembaikan mengikut standard keselamatan dan kualiti ditetapkan.

Bertemakan Sharpening Skills, Shaping Futures, pertandingan itu menghimpunkan juruteknik dari rangkaian pusat servis OMODA | JAECOO di seluruh negara.

Peserta dinilai menerusi ujian teori dan praktikal bagi mengukur tahap pengetahuan teknikal, kemahiran diagnosis serta keupayaan melaksanakan kerja pembaikan.

Selain mengiktiraf bakat teknikal terbaik, pertandingan itu turut menggalakkan pembangunan profesional berterusan dalam kalangan tenaga kerja selepas jualan.

Chris Tan berkata, pengalaman pemilikan berkualiti perlu diteruskan selepas pelanggan meninggalkan bilik pameran.

“Justeru, OMODA | JAECOO Malaysia akan terus meningkatkan keupayaan pasukan selepas jualan supaya pelanggan lebih yakin terhadap perkhidmatan dan sokongan yang diterima sepanjang tempoh pemilikan kenderaan,” katanya.

Ketika ini, OMODA | JAECOO Malaysia mempunyai 56 cawangan di seluruh negara yang menyediakan kemudahan jualan dan servis selepas jualan.

Daripada jumlah itu, 24 cawangan terletak di wilayah Tengah, manakala wilayah Selatan dan Utara masing-masing mempunyai 11 cawangan, dua cawangan di Pantai Timur dan tujuh cawangan di Malaysia Timur.

Pengukuhan kemahiran teknikal itu menjadi sebahagian daripada usaha OMODA | JAECOO Malaysia mengekalkan standard perkhidmatan seiring perkembangan rangkaian pengedarnya.

Melalui latihan, penilaian kemahiran dan pembangunan profesional, jenama itu berhasrat memastikan pelanggan bukan sahaja mendapat kenderaan yang memenuhi keperluan, malah menikmati sokongan selepas jualan berkualiti sepanjang tempoh pemilikan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here