Utama Berita Automotif Nissan Serena e-POWER tampil teknologi anti-mabuk

Nissan Serena e-POWER tampil teknologi anti-mabuk

7

Edaran Tan Chong Motor mengumumkan momentum jualan yang teguh bagi Nissan Serena e-POWER Baharu, sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai MPV pertama di Malaysia yang direka khusus untuk menangani isu utama sering dihadapi oleh keluarga – mabuk perjalanan.

Dengan menggabungkan teknologi inovatif e-POWER Nissan bersama kejuruteraan Anti-Mabuk Perjalanan yang sofistikated, Serena e-POWER mengubah mobiliti keluarga kepada pengalaman lebih lancar, senyap, dan selesa.

Selama berdekad-dekad, keluarga di Malaysia terpaksa menyesuaikan diri dengan batasan kenderaan konvensional: pecutan yang sentak, kenderaan diving semasa nyahpecutan dan brek, getaran enjin serta ayunan kabin yang menyebabkan penumpang — terutama di tempat duduk belakang — berasa pening dan mual.

Dengan Nissan Serena e-POWER Baharu, Nissan mengubah naratif tersebut.

Roda dipacu 100 peratus oleh motor elektrik, memberikan kelancaran pemanduan kenderaan elektrik (EV) tanpa perlu mengecas.

Enjin pula hanya berfungsi sebagai penjana kuasa, sekali gus menghapuskan pertukaran gear, lag, dan pergerakan sentakan yang sering menjadi punca mabuk perjalanan.

“Bagi keluarga hari ini, mobiliti bukan sekadar pengangkutan — ia adalah sebahagian daripada gaya hidup seharian,” kata Naib Presiden Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Christopher Tan.

“Serena e-POWER membuktikan janji Nissan bahawa teknologi canggih seharusnya memperkayakan perjalanan dunia sebenar dan memenuhi keperluan keluarga.

“Dengan menangani realiti harian ibu bapa, kanak-kanak, dan penumpang warga emas yang sering berasa tidak selesa, pening, atau letih di dalam kenderaan tradisional, Serena e-POWER direka untuk mengurangkan mabuk perjalanan pada punca utamanya.

“Melalui kestabilan pemanduan dipertingkatkan secara langsung untuk semua orang di dalam kabin, kami menawarkan cara perjalanan lebih baik dan menyeronokkan buat keluarga di Malaysia,” tambahnya.

Pendekatan kejuruteraan Nissan dipacu pemahaman mendalam tentang punca mabuk perjalanan. Nissan Serena e-POWER Baharu berupaya menyerap ayunan, pergerakan kepala, getaran, dan percanggahan deria — yang menjadi penyumbang utama kepada ketidakselesaan semasa perjalanan.

  • Kestabilan Maksimum: Aerodinamik yang ditambah baik, serta sistem ampaian dan stereng yang direka semula, meminimumkan ayunan badan kenderaan.
  • Keselesaan Visual & Fizikal: Tingkap yang luas mengurangkan ketidakseimbangan visual, manakala Kerusi Zero Gravity pada baris pertama dan kedua menyokong postur badan secara semula jadi untuk mengurangkan pergerakan kepala — punca utama rasa mual.
  • Ketenangan Dalaman: Kabin yang senyap meningkatkan rasa tenang, membolehkan kanak-kanak membaca, tidur, atau menggunakan peranti tanpa gangguan. Penumpang warga emas turut menikmati sokongan badan yang lebih baik.
  • Pemanduan Tanpa Tekanan: Ibu bapa dapat menikmati pemanduan yang lebih lancar dengan e-Pedal Step; teknologi pemanduan pedal tunggal yang mengurangkan keletihan dalam kesesakan lalu lintas, menjadikan perjalanan jauh seperti “balik kampung” lebih santai bagi semua orang.

Permintaan Tinggi dan Promosi Eksklusif

Dengan permintaan yang kian meningkat melebihi 1,300 tempahan, pelanggan digalakkan untuk membuat tempahan awal.

Setakat ini, sebanyak 250 unit Nissan Serena e-POWER Baharu telah dihantar ke seluruh negara, di mana pemilik menikmati perjalanan Aidilfitri pertama yang bebas mabuk perjalanan tahun ini.

Keluarga di seluruh negara kini mula menyedari mengapa Serena e-POWER adalah penanda aras baharu MPV paling laris di Malaysia.

Untuk merasai sendiri kehebatan kejuruteraan anti-mabuk perjalanan ini, kunjungi mana-mana bilik pameran Nissan atau saksikan Serena e-POWER di siri jelajah di seluruh negara.

Tempah pandu uji anda hari ini

Hanya dengan berada di dalam kabin, merasai kesunyian, dan menikmati pecutan lancar, barulah anda dapat menghargai konsep – BIG. EASY. FUN. – Nissan Serena e-POWER Baharu yang menjadikan setiap perjalanan lebih tenang dan harmoni.

Memandangkan pengeluaran sedang dipertingkatkan bagi memenuhi permintaan yang kukuh, rebat pengenalan sebanyak RM5,000* dan pakej aksesori percuma bernilai RM8,000** masih diteruskan — satu permulaan berbaloi untuk menjadikan pengalaman pemilikan lebih memuaskan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Nissan Serena e-POWER Baharu dan bagi merebut promosi awal, layari https://nissan.com.my/v2/nissan-serena-e-power/ atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan Nissan di 1800 88 3838.

*Tertakluk kepada terma dan syarat
**Tidak terpakai untuk varian X

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here