Utama Berita Automotif LEXIN lancar 3 Interkom baharu untuk dipilih penunggang

LEXIN lancar 3 Interkom baharu untuk dipilih penunggang

1

LEXIN Malaysia melancarkan tiga interkom Bluetooth baharu iaitu Zen One, G2 EVO dan MTX Trico menerusi LEXIN Mega Launch sempena Soon Heng Bikers Gathering, hari ini.

Pelancaran itu bertujuan menjadikan Bluetooth sebagai keperluan harian setiap penunggang, dengan membolehkan panggilan, arahan GPS, perbualan berkumpulan dan muzik didengari tanpa menggunakan tangan.

Zen One yang dijual pada harga RM98 disasarkan kepada penunggang harian dan penghantar makanan. Ia dilengkapi:

  • teknologi pembatalan bunyi DSP dan CVC
  • pembesar suara 40mm yang jelas sehingga kelajuan 150km/j
  • bateri sehingga 25 jam
  • sokongan Siri dan S-Voice
  • kalis air

G2 EVO pula ditawarkan pada harga RM258 bagi pek tunggal dan RM498 bagi pek berkembar. Model itu menampilkan:

  • Bluetooth 5.4
  • dwi-Bluetooth multi-audio
  • jarak interkom 1,200 meter
  • pembesar suara HD 40mm
  • bateri sehingga 30 jam
  • pengecasan pantas USB-C
  • cangkerang boleh tukar

Bagi tunggangan berkumpulan, MTX Trico dijual pada harga RM498. Ia dilengkapi:

  • Mesh 3.0 dengan 10 saluran untuk sehingga 24 penunggang
  • interkom Bluetooth dua penunggang, jarak 2,000 meter
  • pembesar suara LEXIN Pulse 43mm
  • fungsi perkongsian muzik

LEXIN turut menekankan jaminan selepas jualan sebagai kelebihan utama jenama itu, termasuk waranti dua tahun, waranti tiga tahun bagi bateri dan penggantian satu-dengan-satu bagi kecacatan pengilang di mana-mana pengedar sah dengan resit pembelian.

Jenama yang diasaskan pada 2006 dan mula menghasilkan audio motosikal sejak 2008, kini dijual di 11 negara dengan lebih tiga juta unit terjual di seluruh dunia.

LEXIN memiliki lebih 100 paten antarabangsa dan lebih 10 pakar penyelidikan dan pembangunan dalaman dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam teknologi Bluetooth.

Semua interkom LEXIN telah memperoleh pensijilan CE, FCC, IC, KC dan MCMC, sekali gus sah digunakan di Malaysia.

Produk baharu itu boleh didapati di pengedar sah LEXIN di seluruh negara.

GALERI:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here