Utama Berita Automotif Kove 650RR: Jentera 4-silinder dari China masuk pasaran Eropah 2027 dengan 109...

Kove 650RR: Jentera 4-silinder dari China masuk pasaran Eropah 2027 dengan 109 hp

4

Kove melancarkan jentera supersport terbaharu, Kove 650RR versi Eropah di EICMA 2026.

Jentera empat silinder sebaris 645 cc ini bakal mula dihantar kepada pembeli pada separuh kedua 2027, setahun selepas pelancarannya di China.

Meskipun segmen supersport 600 cc empat silinder semakin pupus akibat piawaian emisi ketat, Kove tetap meneruskan konsep enjin short-stroke (67.0 mm x 45.7 mm) ini dengan kelajuan maksimum mencecah 260 km/j.

Namun, versi Eropah mencatatkan angka sedikit rendah berbanding versi China

Versi China menghasilkan 124 hp dan tork 69 Nm (had putaran 15,000 rpm) berbanding 109 hp untuk Eropah.

Selain itu, Kove 650RR versi Eropah seberat 195 kg berbanding versi China seberat 188 kg.

Beberapa ciri versi China seperti cruise control, launch control, kunci pintar, dan suspensi separa aktif juga belum disahkan untuk pasaran Eropah.

Jentera ini menggunakan kerangka bridge frame bersama subframe dan tangki aluminium 17 liter.

Sistem brek dibekalkan oleh jenama China, Taisko, manakala ketinggian pelana ditetapkan pada 810 mm dengan tayar 120/70 (hadapan) dan 180/55 (belakang).

Pakej elektroniknya disokong IMU 6-paksi yang mengawal traction control, wheelie control, dan tiga mod tunggangan (Standard, Sport, Custom).

Kokpit pula menggunakan skrin TFT 6-inci dengan perisian MotoPlay, serta sistem bantuan tukar lorong (Kove Lane Change Assist) yang memanfaatkan kamera hadapan dan belakang.

Kove akan mempertaruhkan 650RR dalam saingan WorldSPB 2027 menerusi pelumba Iker García dan Antonio Torres, meneruskan momentum kejayaan mereka selepas menjuarai WorldSSP300 pada 2025.

Penghantaran pertama di Eropah akan bermula di Itali pada suku ketiga 2027.

Harga rasmi untuk Eropah masih belum diumumkan, namun di China ia dijual pada harga 33,977 yuan (sekitar RM20,700). Harga di Eropah dijangka lebih tinggi disebabkan tarif import dan kos piawaian Euro 5+.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here