Utama Berita Automotif Yamaha YZF-R7 ABS 2027 tampil warna US Intercolor, gaya nostalgia 70-an dan...

Yamaha YZF-R7 ABS 2027 tampil warna US Intercolor, gaya nostalgia 70-an dan 80-an

2

Yamaha memperkenalkan YZF-R7 ABS dengan warna baharu Kuning iaitu gabungan kuning US Intercolor dan merah jingga (vermilion). Skema warna US Intercolor mempunyai sejarah tersendiri dalam dunia perlumbaan Yamaha.

Warna kuning US Intercolor pernah digunakan pada jentera perlumbaan Yamaha dalam arena perlumbaan Amerika Syarikat sekitar 1970-an hingga 1980-an.

Skema warna itu turut digunakan pada jentera Yamaha dalam perlumbaan WGP500 dari 1978 hingga 1980.

Warna kuning turut digunakan pada spring suspensi belakang bagi melengkapkan penampilan keseluruhan motosikal.

Selain Kuning, Yamaha akan mengekalkan dua pilihan warna sedia ada iaitu Biru dan Hitam, menjadikan jumlah keseluruhan tiga pilihan warna.

Enjin 688cc, Kuasa 73PS

Yamaha YZF-R7 ABS dikuasakan enjin dua silinder sebaris, empat lejang, DOHC, empat injap dengan sistem penyejukan cecair dan kapasiti 688cc.

Enjin berasaskan konsep Crossplane itu menghasilkan kuasa maksimum 73PS pada 8,750rpm dan tork maksimum 68Nm pada 6,500rpm.

Kuasa disalurkan melalui transmisi enam kelajuan jenis constant mesh dengan klac basah berbilang plat.

Casis, Suspensi dan Brek

YZF-R7 ABS menggunakan kerangka jenis diamond dengan jarak roda 1,395mm.

Sistem suspensi hadapan menggunakan jenis teleskopik, manakala bahagian belakang dilengkapi lengan ayun dengan sistem pautan (link type).

Sistem membrek menggunakan brek cakera hidraulik berkembar di hadapan dan cakera hidraulik tunggal di belakang.

Motosikal ini menggunakan tayar hadapan bersaiz 120/70ZR17M/C dan tayar belakang 180/55ZR17M/C.

Dimensi dan Penggunaan Bahan Api

YZF-R7 ABS mempunyai panjang 2,070mm, lebar 725mm dan tinggi 1,160mm.

Ketinggian pelana ialah 830mm dengan jarak kelegaan bumi 135mm.

Berat keseluruhan motosikal ialah 189kg, manakala kapasiti tangki bahan api 13 liter.

Yamaha turut menyatakan penggunaan bahan api pada kadar 25.2km/liter berdasarkan ujian mod WMTC dengan seorang penunggang.

Harga Yamaha YZF-R7 ABS 2027

Di Jepun, Yamaha YZF-R7 ABS 2027 ditawarkan pada harga ¥1,166,000 (RM29,779).

Pilihan warna kuning ini dijadualkan berada di pasaran Jepun bermula 16 Mac 2027.

Spesifikasi Yamaha YZF-R7 ABS 2027

  • Enjin: 688cc, dua silinder sebaris, empat lejang, DOHC, empat injap, penyejukan cecair
  • Kuasa maksimum: 73PS pada 8,750rpm
  • Tork maksimum: 68Nm pada 6,500rpm
  • Transmisi: Enam kelajuan
  • Kapasiti tangki bahan api: 13 liter
  • Penggunaan bahan api: 25.2km/liter (mod WMTC, seorang penunggang)
  • Kerangka: Diamond
  • Suspensi hadapan: Teleskopik
  • Suspensi belakang: Lengan ayun jenis pautan
  • Brek hadapan: Cakera hidraulik berkembar
  • Brek belakang: Cakera hidraulik tunggal
  • Tayar hadapan: 120/70ZR17M/C (58W)
  • Tayar belakang: 180/55ZR17M/C (73W)
  • Panjang: 2,070mm
  • Lebar: 725mm
  • Tinggi: 1,160mm
  • Jarak roda: 1,395mm
  • Ketinggian pelana: 830mm
  • Berat: 189kg

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here