
Kecekapan penggunaan bahan api dan jarak perjalanan menjadi antara faktor penting ketika memilih SUV, terutama bagi pengguna yang kerap memandu jauh atau berdepan kesesakan lalu lintas setiap hari.
Menyedari keperluan tersebut, Chery memperkenalkan teknologi Chery Super Hybrid (CSH), sebuah platform hibrid yang menggabungkan enjin pembakaran dalaman dengan motor elektrik bagi menghasilkan prestasi lebih cekap tanpa mengetepikan keselesaan pemanduan.
Di Malaysia, teknologi ini ditawarkan menerusi Chery TIGGO CROSS Hybrid serta model hibrid plug-in (PHEV) TIGGO 7 dan TIGGO 8.
Menariknya, rangkaian model ini menawarkan jarak perjalanan sehingga 1,200 km dengan satu tangki bahan api bagi varian PHEV.
SUV kompak TIGGO CROSS Hybrid pula dikatakan boleh dipandu sehingga 1,000 km.
Penggunaan Bahan Api dan Jarak Perjalanan
Antara kelebihan utama teknologi CSH ialah keupayaannya mengoptimumkan penggunaan tenaga petrol dan elektrik mengikut keadaan pemanduan.
Bagi Chery TIGGO CROSS Hybrid, pengeluar menyatakan penggunaan bahan api sekitar 5.4 L/100 km, dengan tangki berkapasiti 51 liter dan jarak perjalanan sehingga 1,000 km.
Bagaimanapun, pengalaman pemanduan sebenar menunjukkan potensi penjimatan yang lebih menarik.
Sesi pandu uji bersama TIGGO CROSS Hybrid menunjukkan angka setangki petrol boleh dipandu melebihi 1,000 km.
Selain itu, rakan media yang menguji model ini berjaya mencatatkan penggunaan sekitar 4.0 hingga 4.5 L/100 km dalam perjalanan kira-kira 200 km merangkumi laluan bandar, trafik dan lebuh raya.
Bacaan tersebut lebih rendah berbanding angka 5.4 L/100 km yang dinyatakan Chery.
Bagi pengguna yang mahukan keupayaan pemanduan elektrik lebih jauh, Chery turut menawarkan dua model PHEV dengan bateri boleh dicas semula.
TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 8 PHEV masing-masing menawarkan jarak perjalanan elektrik sehingga 90 km dan jarak gabungan sehingga 1,200 km.
Kedua-duanya menggunakan tangki bahan api berkapasiti 60 liter serta bateri LFP berkapasiti 18.3 kWj.
Untuk menambah tenaga, anda juga tidak perlu membuang masa.
Dengan pengecasan pantas DC sehingga 40 kW, bateri boleh dicas dari 30 hingga 80 peratus dalam kira-kira 19 minit.
Teknologi CSH: Kecekapan Terma Sehingga 44.5 Peratus
Di sebalik kelebihan tersebut ialah teknologi CSH yang dibangunkan sendiri oleh Chery.
Sistem ini menggabungkan enjin khusus hibrid, transmisi DHT dan motor elektrik bagi mengurangkan pembaziran tenaga.
Antara teknologi utama ialah enjin hibrid generasi kelima dengan kecekapan terma sehingga 44.5 peratus.
Ini bermakna lebih banyak tenaga daripada bahan api dapat dimanfaatkan untuk menghasilkan kuasa, sekali gus membantu meningkatkan kecekapan keseluruhan sistem.
Transmisi Dedicated Hybrid Transmission (DHT) mempunyai kecekapan sehingga 98 peratus.
Penggunaan dua motor elektrik bersepadu pula membantu menghasilkan penghantaran kuasa yang lancar dan responsif.
Bagi TIGGO CROSS Hybrid, sistem ini menghasilkan output gabungan 204 PS dan 310 Nm, dengan enjin 1.5 liter yang menghasilkan 96 PS dan 120 Nm.
Untuk TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 8 PHEV, sistem CSH menggunakan enjin 1.5 liter turbo kitaran Miller yang dipadankan dengan motor elektrik 204 PS dan 310 Nm.
Gabungan teknologi tersebut membolehkan kedua-dua model PHEV dipandu menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya atau menggabungkan kuasa petrol dan elektrik mengikut keperluan.
Perjalanan Harian dan Jarak Jauh
Teknologi Chery Super Hybrid memperlihatkan pendekatan Chery dalam menawarkan pilihan kenderaan elektrifikasi mengikut keperluan pengguna.
TIGGO CROSS Hybrid memberikan tumpuan kepada kecekapan bahan api dengan jarak perjalanan sehingga 1,000 km.
TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 8 PHEV pula sesuai untuk seisi keluarga dan menawarkan kelebihan pemanduan elektrik sehingga 90 km serta jarak gabungan sehingga 1,200 km.
Ditambah kecekapan terma enjin sehingga 44.5 peratus dan pakej waranti komponen hibrid sehingga lapan tahun, rangkaian Chery TIGGO CSH menawarkan pilihan menarik kepada pengguna.
Ketiga-tiga SUV ini sesuai buat pengguna yang mahukan penjimatan bahan api, jarak perjalanan lebih jauh dan teknologi elektrifikasi dalam sebuah SUV.
Keselamatan yang Diperakui Industri
Teknologi Chery bukan sahaja menumpukan kecekapan rangkaian kuasa, malah turut merangkumi aspek keselamatan.
Chery menerima pengiktirafan Most 5-Star Ratings bagi tempoh 2021 hingga 2025, manakala Tiggo 7 PHEV turut meraih empat anugerah ASEAN NCAP, iaitu Best SUV Award, Adult Occupant Protection Award, Safety Assist Award dan Motorcyclist Safety Award.
Harga dan Waranti Chery TIGGO Hybrid
Selain teknologi dan kecekapan penggunaan bahan api, pakej pemilikan turut menjadi pertimbangan penting.
Di Malaysia, harga* bagi model hibrid dan PHEV dalam siri TIGGO adalah seperti berikut:
- Chery TIGGO CROSS 1.5 Hybrid CSH:RM99,800.
- Chery TIGGO 7 PHEV CSH:RM129,800.
- Chery TIGGO 8 PHEV CSH:RM159,800.
Ketiga-tiga model menerima waranti kenderaan selama 7 tahun atau 150,000 km.
Bagi komponen elektrifikasi, TIGGO CROSS Hybrid dilindungi waranti 8 tahun atau 160,000 km untuk pek bateri, motor kuasa dan unit kawalan hibrid.
TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 8 PHEV pula menerima waranti bateri selama 8 tahun atau 160,000 km,
Waranti turut termasuk penggantian bateri satu dengan satu jika tahap kesihatannya kurang daripada 70 peratus, tertakluk pada terma waranti.
*(OTR tanpa takaful/insurans)






































