
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis menyita sebuah kenderaan pendaftaran Thailand selepas didapati memiliki sama tertunggak dalam operasi penguatkuasaan terhadap kenderaan berdaftar Thailand di Padang Besar, Perlis pada Selasa.
Menurut kenyataan pada Rabu, MPV itu disita di bawah Seksyen 64 (1) bagi siasatan lanjut dibawah Seksyen 66J Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Hasil operasi tersebut turut menahan empat MPV Thailand dibawah seksyen 59(1) APJ 1987 kerana melanggar syarat Permit Peredaran Antarabangsa disyaki menjalankan aktiviti membawa penumpang dengan tujuan mengambil sewa upah.
“JPJ Negeri Perlis mengingatkan semua pemilik dan pengendali kenderaan berdaftar asing yang memasuki negara ini supaya sentiasa mematuhi peraturan serta undang-undang jalan raya yang sedang berkuat kuasa bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan, termasuk penyitaan kenderaan,” jelasnya.
Di samping itu, pihak berkuasa akan terus mempergiat usaha penguatkuasaan terhadap kenderaan berdaftar asing bagi memastikan setiap kenderaan yang memasuki dan beroperasi di negara ini sentiasa mematuhi peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan.





























