Utama Berita Automotif JPJ tahan lelaki Rohingya langgar lampu merah

JPJ tahan lelaki Rohingya langgar lampu merah

1
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kulim menahan lelaki Rohingya selepas bertindak nekad melarikan diri dan mengingkari arahan penguat kuasa dalam Ops Patuh Deepavali (2026) di KM1, Jalan Pekan Junjong pada Isnin.
 
Menurut kenyataan, hasil pemeriksaan mendapati warga asing itu melakukan beberapa kesalahan termasuk tidak memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL), melanggar isyarat lampu merah serta melakukan kesalahan teknikal pada motosikal.
 
“Lebih serius, penunggang berkenaan turut cuba melarikan diri dan mengingkari arahan anggota penguat kuasa.
Susulan itu, motosikal berkenaan telah disita untuk tindakan lanjut, manakala penunggang dan pemilik kenderaan turut dikenakan saman atas kesalahan yang dilakukan.
 
“JPJ menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi undang-undang tanpa mengira kewarganegaraan,” jelasnya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here