Utama Berita Automotif Ubahsuai haram, dua lelaki Pakistan ingkar arahan JPJ

Ubahsuai haram, dua lelaki Pakistan ingkar arahan JPJ

6

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kulim mengambil tindakan tegas terhadap dua lelaki warga Pakistan menerusi satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan di KM1, Jalan Sedim, pada Isnin.

Hasil pemeriksaan rapi yang dilakukan oleh anggota penguat kuasa mendapati kedua-dua warga asing berkenaan melakukan pelbagai kesalahan serius di atas jalan raya.

“Warga asing berkenaan salah guna Lesen Kenderaan Motor (LKM), pengubahsuaian kenderaan, tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan kesalahan teknikal.
 
“Selain itu, kedua-dua lelaki berkenaan juga ingkar arahan pegawai penguat kuasa,” menurut kenyataan.
 
Susulan itu, dua buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 64(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tindakan lanjut.
 
Justeru itu, JPJ Negeri Kedah akan meneruskan penguatkuasaan bagi memastikan semua pemandu, termasuk warga asing yang menggunakan kenderaan di jalan raya, mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here