Utama Berita Automotif SEMA 2026: Honda Civic Type R HRC Concept bakal dipasarkan di Amerika...

SEMA 2026: Honda Civic Type R HRC Concept bakal dipasarkan di Amerika Syarikat

8

Honda memberi bayangan bahawa Civic Type R HRC Concept berpotensi memasuki pasaran Amerika Syarikat selepas mengesahkan model tersebut kini sedang dibangunkan untuk pasaran berkenaan.

Model konsep itu bakal dipamerkan di pameran SEMA 2026 di Las Vegas.

Diperkenalkan pertama kali di Tokyo Auto Salon, Civic Type R versi HRC menampilkan rekaan yang lebih agresif berbanding Type R standard. Walaupun masih diselubungi pelekat penyamaran, model ini dilihat menerima bampar hadapan baharu, winglet aerodinamik, serta spoiler belakang yang lebih besar bagi meningkatkan daya tekan (downforce).

Honda masih belum mendedahkan spesifikasi penuh, namun model ini dijangka menerima talaan suspensi, sistem brek yang dipertingkat dan mungkin peningkatan kuasa daripada enjin 2.0 liter turbo empat silinder yang kini menghasilkan 315 hp bersama transmisi manual enam kelajuan.

Selain Civic Type R HRC, Honda turut membawa beberapa model menarik ke SEMA 2026 termasuk Passport Baja Spec Trophy Truck yang menghasilkan lebih 1,300 hp menerusi enjin V6 2.4 liter twin-turbo hibrid.

Turut mencuri tumpuan ialah Hasport Prelude Club Racer, sebuah Prelude moden yang menggunakan enjin dan transmisi manual daripada Civic Type R.

Honda juga mempamerkan kereta lumba IndyCar, jentera Formula 1 Aston Martin berkuasa Honda serta model klasik Honda N600 yang pernah menyertai perlumbaan Baja 1000.

Dalam masa sama, Honda Racing Corporation (HRC) Amerika Syarikat turut melancarkan rangkaian komponen prestasi rasmi baharu seperti sistem ekzos sport, rim tempa ringan dan short-throw shifter untuk model seperti Civic Type R, Integra Type S dan Passport Trailsport.

Pakej naik taraf ini akan mula ditawarkan menerusi pengedar Honda dan Acura bermula Mac 2027.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here