Utama Berita Automotif Zontes ZT903-R bakal cabar streetfighter premium?

Zontes ZT903-R bakal cabar streetfighter premium?

7

Zontes dilapor sedang menguji sebuah model streetfighter yang dilengkapi dengan enjin tiga silinder sebaris. 

Kehadiran model prototaip Zontes ZT903-R itu memberikan bayangan bahawa Zontes sedang serius mahu mencabar segmen streetfighter premium berkapasiti besar 

Selepas memperkenalkan keluarga ZT703 dengan enjin tiga silinder 699cc yang menghasilkan sehingga 95 hp, Zontes kini dipercayai sedang membangunkan platform enjin baharu yang lebih besar.

Walaupun kapasiti sebenar masih belum disahkan, ia dijangka berada sekitar 900cc atau lebih.

Berdasarkan imej pendaftaran reka bentuk yang tersebar, ZT903-R menampilkan rekaan agresif dengan winglet aerodinamik, lampu LED bertingkat, ekzos berkembar tinggi, lengan ayun sebelah (single-sided swingarm), casis aluminium serta paparan TFT bersaiz besar.

Lebih menarik, motosikal ini dikatakan menggunakan enjin serba baharu dan bukannya versi yang diperbesarkan daripada enjin 699cc sedia ada.

Jika spesifikasinya menepati jangkaan, ZT903-R berpotensi memasuki kategori yang sama dengan model seperti Triumph Speed Triple. 

Apa yang pasti, perkembangan pesat pengeluar China seperti CFMOTO, Benda dan Zontes menunjukkan mereka bukan lagi sekadar menghasilkan alternatif mampu milik, sebaliknya semakin serius membangunkan motosikal berprestasi tinggi yang mampu mencabar jenama mapan dari Eropah dan Jepun.

Sama ada ZT903-R mampu menggugat pemain utama dalam segmen streetfighter premium masih terlalu awal untuk ditentukan, tetapi keberanian Zontes untuk memasuki kategori ini sudah cukup membuktikan kemajuan besar industri motosikal China.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here