Kawasaki Z1100 (2026) muncul sebagai pengganti sebenar Z1000

15

Setelah beberapa tahun model Z1000 dihentikan penjualannya, Kawasaki kembali dengan jentera terbaharu Z1100 (2026).

Model terbaharu ini turut membawakan ideologi “Sugomi” yang diwarisi daripada model Z1000, serta hadir dalam dua varian, iaitu versi standard dan SE.

Z1100 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1,099 cc yang dibangunkan daripada senibina Z1000 sedia ada, namun dengan beberapa perubahan pada port kemasukan, profil cam baharu dan rekaan omboh yang direka semula. .

Kuasa sekitar 134 hp pada putaran enjin 9,000 rpm dan 113 Nm pada putaran enjin 7,600 rpm, jauh lebih bertenaga berbanding Z1000.

Kotak gear pula adalah jenis enam-kelajuan yang dibantu klac assist/slipper.

Ia turut mendapat ciri seperti:

  • sistem lampu LED
  • bar hendal yang lebih lebar dan ergonomik
  • skrin paparan TFT lima inci
  • sokongan aplikasi Rideology
  • mod tunggangan Sport, Road, Rain dan Rider
  • angkup monoblok Brembo M4.32
  • fork hadapan Showa SFF-BP 41 mm terbalik, boleh laras sepenuhnya
  • penyerap hentak tunggal Ohlins S46 di belakang, larasan pra-beban

Aspek tunggangan Kawasaki Z1100 dibantu dengan ciri elektronik seperti sistem pengukuran inersia (IMU) enam paksi, sistem brek ABS, kawalan brek enjin, kawalan wheelie, kawalan cengkaman, penukaran gear pantas dan juga kawalan jelajah.

Harga jualan Kawasaki Z1100 (2026) bermula dari £11,099 (RM62,609).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here