
Kita mungkin akan menyaksikan kehadiran sebuah lagi model streetfighter baharu keluaran syarikat Jepun pada tahun 2026, iaitu Kawasaki Z1100.
Ini adalah berdasarkan pemfailan dokumen yang wujud di agensi alam sekitar California Air Resources Board (CARB), seperti yang dilaporkan oleh laman New Atlas.

Dokumen tersebut menyenaraikan kod model ‘ZR1100HT’ yang menandakan kehadiran model naked Z terbaharu mengikut format nama standard yang digunakan oleh Kawasaki.
Perincian berkenaan model Z1100 ini masih lagi samar-samar.

Namun, sebelum ini Kawasaki ada melancarkan model sport tourer Ninja 1100SX, dengan enjin 1,099 cc yang mampu menghasilkan kuasa 134 hp dan 112.8 Nm.
Jadi, Z1100 yang bakal dilancarkan kelak berkemungkinan akan mengekalkan angka tersebut, namun dengan berat badan yang lebih ringan tanpa sebarang komponen reraup.
Kawasaki Z1100 serba baharu ini bakal memberikan saingan secara terus kepada Yamaha MT-10 kelak.