Honda CB125 Hornet mendarat di India, 11 hp, 11.2 Nm

14

Honda Motorcycles and Scooters India melancarkan model naked baharu CB125 Hornet bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-25.

Berbanding penawaran motosikal 125 cc sedia ada, CB125 Hornet tampil dengan imej streetfighter yang lebih garang.

Ia menampilkan unit lampu utama LED berkembar, lampu nyalaan siang LED, lampu membelok LED, garis badan yang tajam terutama pada bahagian tangki bahan api, serta rim aloi.

Sistem suspensi terdiri daripada fork hadapan jenis USD yang tidak boleh dilaras, sementara bahagian belakang pula menggunakan penyerap hentak tunggal dengan larasan pra-bebanan.

CB125 Hornet menampilkan rotor brek 240 mm di depan, diikuti dengan brek dram 130 mm di bahagian belakang, dibantu dengan ABS saluran tunggal.

Di bahagian kokpit, terdapat skrin paparan TFT 4.2 inci yang menyokong sambungan kepada aplikasi RoadSync menggunakan Bluetooth.

Menerusi aplikasi tersebut, penunggang boleh mengakses navigasi, notifikasi panggilan dan SMS, serta kawalan muzik.

Terdapat slot pengecasan USB Type-C yang didatangkan secara standard.

Dari segi kuasa, Honda CB125 Hornet ini dijana dengan enjin silinder tunggal 123.94 cc menghasilkan 11 hp pada 7,500 rpm dan daya kilas 11.2 Nm pada 6,000 rpm.

Atas kertas mungkin nampak rendah, akan tetapi ia diseimbangkan dengan berat badan sekitar 124 kg sahaja.

Untuk perbandingan, sebuah KTM Duke 125 mempunyai berat melebihi 150 kg.

Akhir sekali, CB125 Hornet dipadankan dengan rim 17 inci yang dibaluti tayar 80/100-17 di depan dan 110/80-17 di belakang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here