Utama Berita Automotif Morbidelli perkenal NR125X, motosikal naked gaya retro

Morbidelli perkenal NR125X, motosikal naked gaya retro

6

Dalam keghairahan menawarkan model-model bersesaran tinggi, jenama motosikal Morbidelli tetap tidak melupakan golongan penunggang yang mahukan pakej lebih kecil dan mudah untuk dikendalikan. 

Terbaharu, syarikat itu melancarkan model NR125X, sebuah motosikal naked gaya retro yang direka untuk kegunaan dalam bandar. 

Morbidelli NR125X berkongsi enjin yang sama seperti model F125, iaitu enjin silinder tunggal 125 cc sejukan cecair menghasilkan 14 hp pada 9,500 rpm dan daya kilas 10.8 Nm pada 8,000 rpm. 

Enjin ini dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan serta klac slipper sebagai ciri standard. 

Kelajuan maksimum dihadkan kepada 102 km/j sahaja. 

Antara ciri yang wujud pada model ini termasuklah sistem lampu LED penuh, skrin paparan LCD digital, fork teleskopik 33 mm jenis terbalik (jarak pergerakan 130 mm), serta penyerap hentak Pro-Link dengan larasan pra-beban. 

Sistem brek pula terdiri daripada angkup dua omboh dan rotor terapung 260 mm di depan dan angkup omboh tunggla serta rotor 220 mm di belakang, dibantu dengan ciri ABS saluran tunggal. 

Selain itu, ia menawarkan pelana setinggi 795 mm, jarak kelegaan tanah 170 mm dan kapasiti tangki bahan api sebesar 17.5 liter. 

Pihak Morbidelli masih belum mengumumkan harga jualan sebenar bagi model ini. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here