Utama Berita Automotif Tambah teknologi pengesanan titik buta pada motosikal bajet anda tanpa perlu berbelanja...

Tambah teknologi pengesanan titik buta pada motosikal bajet anda tanpa perlu berbelanja besar

5

Ciri keselamatan termaju (pengesanan titik buta, kawalan jelajah atau amaran pelanggaran) buat masa ini hanya ada pada motosikal yang mahal harganya, seperti Ducati Multistrada V4 S, BMW R 1300 GS atau KTM 1290 Super Adventure S. 

Mahukan ciri tersebut pada sebuah skuter atau kapcai? 

Syarikat Indimate menawarkan kit aftermarket Blind Spot Radar (BSR) yang boleh menambah fungsi pemantauan titik buta pada hampir semua motosikal di pasaran. 

Dengan syarat, ia perlu ada sistem bateri 12V, lampu isyarat dan tempat yang bersesuaian untuk pemasangan radar. 

Sistem BSR ini akan memberikan amaran berbentuk visual dan bunyi apabila ia mengesan kenderaan menghampiri dari belakang. 

Ia juga boleh dihubungkan dengan peranti pintar yang menawarkan ciri tambahan seperti amaran bunyi dan tetapan kelajuan. 

Sistem ini turut mempunyai fungsi auto-shutdown dan penggunaan kuasa yang minimum, jadi ia boleh kekal disambungkan terus kepada bateri motosikal. 

Sistem BSR ini tidak menambah skrin besar atau gajet baharu yang mampu menyerabutkan kokpit motosikal, sebaliknya ia hanya menambah lampu amaran kecil pada cermin sisi. 

Jika berminat, anda boleh mendapatkan sistem BSR ini dengan harga jualan US$399 (RM1,630).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here