
Toyota memperkenalkan lima kenderaan konsep Snowhunter sempena pameran SEMA 2026. Model tersebut terdiri daripada Toyota Tundra, Tacoma, 4Runner, Land Cruiser dan Sequoia.
Kelima-lima konsep ini menunjukkan bagaimana trak pikap dan SUV Toyota boleh diubah suai untuk pengembaraan musim sejuk.
Snowhunter menggabungkan keupayaan off-road, perkakasan khas musim sejuk dan reka bentuk lasak untuk meneroka laluan bersalji.
Reka bentuk Snowhunter diketuai oleh CALTY Design Research di Ann Arbor, Michigan.
Semua model konsep menggunakan corak penyamaran dan lencana khas Snowhunter, serta riasan hitam berkilat.
Kelengkapan lain termasuk sistem trek salji dengan salutan serbuk putih (powder-coated), lampu Rigid dan komponen peninggi daripada Toyota Genuine Parts dan TRD.
Meskipun menarik, kesemua model ini hanyalah projek khas dan tidak ditawarkan kepada orang ramai.
Toyota Tundra Snowhunter Concept
Tundra Snowhunter Concept direka sebagai khemah induk (base camp) bergerak untuk pengembaraan di kawasan terpencil.
Model ini dilengkapi sistem rak Toyota TrailLift Pro Rack System Concept rekaan CALTY, lengan kawalan belakang TRD jenis bilet, pemijak Predator Step dan lampu tambahan.
Sistem TrailLift Pro direka untuk menjadikan ruang kargo belakang sebagai platform fleksibel bagi penyimpanan, penyusunan dan pengurusan peralatan.
Rak bahagian atas boleh diturunkan untuk memudahkan pemuatan basikal, kayak, kanu dan peralatan berat lain.
Toyota Tacoma Snowhunter Concept
Tacoma Snowhunter Concept menggunakan pendekatan lebih tangkas dengan tumpuan pada laluan mencabar.
Selain sistem trek salji, model ini dilengkapi pelbagai peralatan pengembaraan, termasuk:
- Rak bumbung.
- Rak sepanjang ruang kargo belakang dengan panel MOLLE.
- Kanopi sisi (awning).
- Ruang penyimpanan kargo.
- Peralatan pemulihan kenderaan.
- Lampu ruang kargo belakang.
Kelengkapan ini membolehkan Tacoma melalui laluan sempit dan menghadapi perubahan keadaan persekitaran.
Ia juga direka untuk pengembaraan musim sejuk tanpa bantuan luar.
Toyota 4Runner Snowhunter Concept
4Runner Snowhunter Concept membawa keupayaan pengembaraan SUV Toyota ke kawasan bersalji yang lebih mencabar.
Model ini dilengkapi perlindungan tambahan, kemudahan membawa kargo dan peralatan untuk perjalanan lebih jauh di kawasan pedalaman.
Antara kelengkapan seperti rock rails Toyota Genuine, rak bumbung Prinsu dengan panel aksesori dan kotak kargo Thule Pulse 2.
Toyota Land Cruiser Snowhunter Concept
Land Cruiser Snowhunter Concept mengetengahkan keupayaan pengembaraan Land Cruiser menerusi kelengkapan khusus untuk musim sejuk.
SUV lasak ini dilengkapi rock rails dan plat pelindung bawah badan (skid plates) Toyota Genuine, rak bumbung Prinsu dengan panel aksesori serta rak ski Thule SnowPack.
Model ini mencerminkan misi Land Cruiser untuk meneruskan perjalanan walaupun keadaan persekitaran menjadi cabaran.
Toyota Sequoia Snowhunter Concept
Sequoia Snowhunter Concept menggabungkan ruang bersaiz besar dengan keupayaan untuk pengembaraan musim sejuk.
Antara kelengkapan seperti plat pelindung bawah enjin TRD, pemijak sisi aluminium tuang Toyota Genuine, rak bumbung Prinsu dengan panel aksesori dan kotak kargo Thule Pulse 2.
Model ini menggambarkan bagaimana Sequoia boleh dilengkapi untuk pelbagai kegunaan, daripada percutian keluarga hingga pengembaraan ke kawasan terpencil.
Toyota Tundra Snowhunter Concept 2026
Toyota Tacoma Snowhunter Concept 2026
Toyota 4Runner Snowhunter Concept 2026
Toyota Land Cruiser Snowhunter Concept 2026
Toyota Sequoia Snowhunter Concept 2026
Toyota Snowhunter Concept 2026













