Utama Berita Automotif Toyota Probox (2027) dikemas kini dengan fungsi panggilan automatik kepada polis

Toyota Probox (2027) dikemas kini dengan fungsi panggilan automatik kepada polis

1

Salah satu model lama yang masih lagi dijual secara rasmi oleh Toyota di Jepun ialah wagon Toyota Probox

Untuk kemas kini tahun 2027, Toyota Probox kini hadir dengan satu fungsi keselamatan penting, iaitu sistem telematik T-Connect. 

Sistem ini akan memaklumkan kepada pihak polis sekiranya kereta tersebut dipandu secara agresif, dengan andaian kereta tersebut dicuri atau pemandu dalam bahaya. 

Selain itu, sistem HelpNet yang disambung kepada beg udara akan terus menghubungi operator kecemasan secara automatik sekiranya berlaku kemalangan. 

Sistem eCare pula membolehkan pemandu menghubungi pusat panggilan sekiranya berlaku situasi seperti lampu amaran menyala. 

Aplikasi MyToyota+ pula membolehkan pemandu menyemak pintu terkunci atau lampu kecemasan yang menyala dari jauh, serta menghantar notifikasi sekiranya kereta tidak dikunci. 

Daripada segi luaran dan reka bentuk, ia masih lagi sama seperti model yang keluar sejak tahun 2014. 

Toyota Probox masih kekal dengan pilihan enjin 1.5 liter NA menghasilkan 108 hp atau 1.5 liter hibrid berkuasa 99 hp, dipadankan dengan pilihan pacuan FWD atau 4WD (NA sahaja). 

Di Jepun, Toyota Probox dijual pada harga bermula dari ¥1,965,700 (RM51,996) untuk versi NA, dan dari ¥2,308,900 (RM61,074) untuk versi hibrid. 

Sebagai perbandingan, Probox hibrid masih jauh lebih murah daripada wagon Corolla Touring yang bermula dari ¥2,447,500 (RM64,713). 

Selain pembelian terus, Toyota Probox juga boleh didapati menerusi langganan bulanan KINTO. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here