Utama Berita Automotif Perodua Axia pintas Proton Saga, S70 tewaskan X50 pada Ogos 2026!

Perodua Axia pintas Proton Saga, S70 tewaskan X50 pada Ogos 2026!

4
Persaingan Saga, Bezza dan Axia

Penutup bulan Ogos 2026 menyaksikan perubahan dramatik dalam carta pendaftaran kenderaan tanah air dengan pertukaran kedudukan di antara seteru utama.

Perodua Bezza terus melebarkan penguasaan di takhta keseluruhan dan di sebalik itu berlaku pergolakan sengit di dalam kem Proton sendiri apabila Proton X50 dipintas dua saudaranya.

Angka rasmi JPJ ini mencerminkan jumlah penyerahan dan pendaftaran kenderaan di jalan raya, bukannya angka tempahan yang tertunggak akibat kekangan pengeluaran.

Axia Pintas Saga!

Memasuki bulan Ogos, Perodua Bezza meneruskan momentum penguasaan dengan mencatatkan 8,413 unit pendaftaran.

Keadaan menjadi lebih menarik apabila Perodua Axia turut melonjak melepasi paras 8,000 unit dengan 8,081 unit, sekali gus menolak Proton Saga (7,319 unit) ke tangga ketiga pendaftaran bulanan.

Berikut adalah pendaftaran bulanan bagi tiga model teratas pada Ogos 2026:

  • Perodua Bezza: 8,413 unit (Julai: 9,821 unit)
  • Perodua Axia: 8,081 unit (Julai: 7,154 unit)
  • Proton Saga: 7,319 unit (Julai: 7,814 unit)

Kejayaan ini melebarkan lagi jurang terkumpul (YTD) Bezza di tangga No. 1 keseluruhan kepada 65,697 unit, meninggalkan Saga di tangga ke-2 YTD dengan 59,367 unit (jurang 6,330 unit).

Perodua Axia pula kekal kukuh di tangga ke-3 YTD dengan jumlah 52,145 unit.

S70 Naik Tangga Ke-6

Kejutan seterusnya hadir daripada carta YTD model Proton. Sedan segmen C Proton S70 melonjak ke tangga ke-6 keseluruhan dengan 17,953 unit.

Sedan itu berpotensi untuk melangkah lebih tinggi selepas pelancaran varian Lite dan Prime baharu.

Satu lagi yang menarik, model elektrik Proton e.MAS 5 meneruskan momentum cemerlangnya apabila melonjak ke tangga ke-7 YTD dengan 17,837 unit.

Angka itu di hadapan Proton X50 (17,828 unit) di tangga ke-8 dengan perbezaan yang sangat tipis, iaitu 9 unit sahaja.

Perodua Myvi Tangga Ke-4, Honda City

Hatchback kegemaran rakyat Malaysia iatu Perodua Myvi kekal kukuh di tangga ke-4 YTD (39,462 unit) selepas menambah 4,878 unit pada bulan Ogos.

Honda City mengumpul 1,526 unit untuk berada di tangga ke-9 YTD (16,009 unit). Model ini juga dijangka terus popular selepas model rupa baharu dengan gaya lebih mengancam menemui pasaran.

Berikut adalah senarai rasmi 10 Model Paling Banyak Didaftarkan di Malaysia (YTD Ogos 2026):

  • Perodua Bezza: 65,697 unit
  • Proton Saga: 59,367 unit
  • Perodua Axia: 52,145 unit
  • Perodua Myvi: 39,462 unit
  • Perodua Alza: 27,220 unit
  • Proton S70: 17,953 unit
  • Proton e.MAS 5: 17,837 unit
  • Proton X50: 17,828 unit
  • Honda City: 16,009 unit
  • Perodua Traz: 14,519 unit

Jetour Buat Kejutan Pintas BYD!

Bagi kedudukan pengeluar (YTD Ogos 2026), Perodua (219,559 unit) dan Proton (135,169 unit) kekal tidak tergugat di kedudukan dua teratas.

Toyota (72,942 unit), Honda (37,194 unit), dan Chery (21,206 unit) melengkapkan kelompok lima teratas dengan penawaran pelbagai pilihan trenkuasa.

Namun, persaingan jenama mendatangkan kejutan baharu apabila jenama China, Jetour, memotong BYD untuk merampas tangga ke-8 keseluruhan.

  • Mazda (No. 7): 7,852 unit
  • Jetour (No. 8): 7,503 unit
  • BYD (No. 9): 7,472 unit

BYD sebelum ini asyik bersaing dengan Mazda dan nampaknya berjaya disangkal oleh pendatang baharu.

Jetour kini mempunyai kelebihan 31 unit di hadapan BYD, manakala Mazda kekal bertahan di tangga ke-7 keseluruhan.

Sumber Data: data.gov.my

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here