
Sri Lanka menjadi pasaran pertama luar dari Jepun melancarkan BYD Racco pada harga LKR 11,450,000 (RM140,839).
Harga berkenaan menjadikan Racco di Sri Lanka 2.5 kali ganda lebih mahal berbanding harga permulaan di Jepun susulan duti import dan kadar cukai yang tinggi.
Pegawai BYD Sri Lanka menegaskan bahawa tawaran itu merupakan harga pengenalan yang sah sehingga 9 November sahaja. Ini bermakna harga Racco bakal menjadi lebih mahal selepas tempoh promosi tersebut tamat.
Selepas Sri Lanka kereta elektrik (EV) berkenaan akan memasuki pasaran Macau tidak lama lagi.

Kei car berkenaan pertama kali diperkenalkan di Jepun pada penghujung Julai 2026 dan berjaya meraih 1,000 tempahan dalam tempoh dua minggu pertama pelancarannya.
BYD Racco dijual pada harga bermula JPY 2.145 juta (RM55,036) termasuk cukai menerusi tiga pilihan varian iaitu 300 Premium, 300 Plus dan 200.
Ia merupakan kenderaan pacuan roda hadapan dengan reka bentuk badan berkotak menerusi dimensi 3,395 mm panjang, 1,475 mm (lebar), dan 1,800 mm (tinggi) dengan jarak roda sepanjang 2,520 mm.
EV kompak itu menawarkan radius pusingan 4.8 meter dengan konfigurasi empat tempat duduk serta ruang bagasi seluas 280 liter.





























