Utama Berita Automotif Volvo Padel Open 2026 sasar 600 penyertaan

Volvo Padel Open 2026 sasar 600 penyertaan

6

Volvo Car Malaysia mengangkat sukan padel ke tahap lebih tinggi dengan penganjuran Volvo Padel Open 2026 yang kembali untuk edisi ketiga pada 23 hingga 25 Oktober ini.

Kejohanan padel paling dinanti-nantikan di Malaysia itu tampil lebih besar dan berani dengan format perlawanan baharu yang dinamik, peringkat kemahiran diperluas serta sasaran menghimpunkan lebih 600 pemain.

Menariknya, edisi kali ini buat julung kalinya memberi tumpuan sepenuhnya kepada budaya akar umbi dengan mengangkat komuniti tempatan sebagai nadi utama yang memacu perkembangan pesat sukan padel di negara ini.

Pengarah Operasi Pemasaran dan Perhubungan Awam Volvo Car Malaysia, Patricia Yaw berkata, edisi ketiga itu amat bermakna seiring populariti padel yang semakin meningkat.

“Di kemuncak kejayaan Sukan Asia, kami terbaca temu bual seorang atlet yang perjalanan padelnya bermula di Volvo Padel Open. Ia menjadi peringatan hebat tentang niat asal kami pada 2023 untuk terus memartabatkan sukan ini.

“Tahun ini kami melakukannya melalui komuniti tempatan kerana merekalah nadi akar umbi sebenar yang memacu pertumbuhan ini,” katanya.

Sebanyak lapan komuniti padel perdana akan berentap merebut gelaran juara komuniti iaitu:

  • All’Bout Padel
  • Baby Buaya Posse
  • Jerung Padel Club
  • Kelab Padel Pop x ABBT
  • Padé x LGK
  • Padel Hood
  • Padel Pushers x APC
  • Wolfpack Padel

Setiap komuniti akan mencalonkan 40 pemain terbaik untuk bersaing dalam persaingan persahabatan berisiko tinggi merebut hadiah lumayan dan mahkota juara komuniti.

Sementara itu, Presiden Persatuan Padel Selangor (SPA), Shafique Iqbal berkata, padel yang bermula sebagai aktiviti hujung minggu kini berkembang menjadi arena kompetitif, dibuktikan dengan kejayaan pasangan Malaysia meraih perak bersejarah di Sukan Asia Nagoya.

“Kejohanan seperti Volvo Padel Open penting kerana ia memberi persaingan sebenar kepada pemain di setiap peringkat, dan di situlah masa depan padel Malaysia bermula,” katanya.

Ditauliahkan oleh SPA, kejohanan itu bukan sekadar pertandingan akar umbi, malah diangkat sebagai acara gaya hidup sepenuhnya.

Ia dianjurkan bersama agensi media seperti:

  • Invictus Blue
  • redONE
  • jenama padel Sepanyol, Tactical Padel
  • disokong Dox Digital
  • SKINTIFIC
  • NESCAFÉ GOLD
  • Padé Langkawi
  • Directors Think Tank

Bagi memastikan saingan adil, kejohanan menampilkan lima peringkat kemahiran iaitu:

  • Low Bronze
  • High Bronze
  • Low Silver
  • Mid Silver
  • Gold

Lima peringkat itu merangkumi kategori lelaki dan wanita, dengan yuran penyertaan RM200 seorang atau RM400 sepasukan.

Pemain peringkat Silver dan Gold didaftarkan terus melalui kelab masing-masing, manakala peserta Bronze perlu melalui pusingan kelayakan komuniti.

Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook dan Instagram.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here