Toyota Corolla FX Edition (2026): gaya inspirasi model retro, harga dari RM113k di AS

39

Pertengahan tahun yang lalu, Toyota mengumumkan kehadiran varian istimewa Corolla Hatchback (2026) FX Edition yang diinspirasikan daripada model Corolla era 80-an.

Corolla FX Edition ini akan menggantikan varian Nightshade dengan harga jualan $26,780 (RM113 ribu) atau $2,000 lebih mahal berbanding model yang digantikannya itu.

Dihadkan kepada 1,600 unit sahaja, Corolla FX Edition (2026) dilengkapi dengan rim aloi putih bersaiz 18 inci, spoiler hitam berkilat, serta emblem vintaj pada pintu belakang.

Manakala ruang kabin pula didatangkan dengan tempat duduk Sport Touring larasan 10 tahap, kemasan upholsteri hitam dan suede, jahitan kontras jingga pada tempat duduk, panel pintu, roda stereng serta tombol gear.

Kelengkapan lain termasuklah skrin kluster digital tujuh inci, skrin infohibur sebesar lapan inci, serta penambahan sistem pemantauan titik buta (BSM).

Tiada perubahan dari segi kuasa, bermakna ia masih kekal dengan enjin 2.0L berkuasa 169 hp dan 205 Nm yang dipadankan dengan transmisi CVT memacu roda depan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here