Utama Berita Automotif Harley-Davidson Deadwood (2026) khas untuk pasaran AS dan Kanada

Harley-Davidson Deadwood (2026) khas untuk pasaran AS dan Kanada

24

Harley-Davidson mendedahkan model Softail serba baharu yang diinspirasikan daripada model kustom yang popular pasca Perang Dunia Kedua.

Model Deadwood ini dinamakan sempena komuniti yang wujud di Black Hills di South Dakota, Amerika Syarikat.

Menariknya, model ini hanya akan ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat dan Kanada, dengan harga jualan US$17,999 (RM74 ribu).

Menggunakan Heritage Classic sebagai asas, Harley-Davidson ‘membuang’
segala kemasan krom ornamental dan menggantikannya dengan komponen hitam sepenuhnya termasuklah pada bahagian bar hendal, pelindung fork dan lampu utama.

Selain itu, beg bagasi Heritage Classic turut dibuang menjadikan struktur belakang Deadwood yang nampak kosong terdedah.

Deadwood masih mengekalkan enjin v-twin Milwaukee-Eight 117 yang sama seperti Heritage Classic, dengan kuasa sekitar 98 hp dan 163 Nm.

Tetapan suspensi terdiri daripada fork teleskopik 49 mm, diikuti penyerap hentak tunggal Softail tersembunyi dengan larasan pra-beban.

Aspek tunggangan dibantu dengan pakej elektronik seperti brek ABS sensitif condong, kawalan cengkaman di selekoh, kawalan gelincir tork, sistem pemantauan tekanan tayar dan tiga mod tunggangan (Road, Sport & Rain).

Ciri-ciri lain termasuklah sistem pencahayaan LED sepenuhnya, port pengecasan USB Type-C, angkup brek empat omboh depan dan dua omboh belakang, serta tayar tanpa tiub Dunlop.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here