Harley-Davidson rancang hasilkan motosikal mampu milik, harga bawah RM26k?

221

Syarikat motosikal terkemuka Harley-Davidson mempunyai perancangan untuk memperkenalkan model motosikal yang lebih mampu milik pada masa akan datang.

Bercakap ketika sidang yang dibuat pada minggu lalu, CEO-nya Jochen Zeitz mencadangkan satu model baharu yang lebih murah akan muncul seawal Oktober ini.

Difahamkan, sekurang-kurangnya tiga model baharu sedang dirancang, di mana salah satu daripadanya akan digelar sebagai Sprint.

Model tersebut dijadualkan pelancarannya pada tahun 2026, dengan sasaran harga jualan di bawah $6,000 (RM25,665).

Nama Sprint bukanlah baharu untuk Harley-Davidson, memandangkan pada tahun 1960-an, syarikat itu pernah menawarkan Sprint 250, sebuah jentera silinder tunggal 246 cc yang dibina oleh pengeluar kapal terbang Itali Aermacchi.

Pada tahun 1969, kapasiti enjin Sprint dipertingkatkan kepada 344 cc, sebelum ia dihentikan jualan pada tahun 1974 disebabkan pengedar tidak begitu gemar akan margin yang rendah.

Selain itu, para peminat Harley pada ketika itu juga kurang menggemari idea motosikal yang dihasilkan oleh pihak luar.

Namun pada ketika ini, Harley-Davidson sudah pun mengadakan kerjasama dengan gergasi China Qianjiang – pemilik kepada jenama Benelli, Morbidelli, Keeway dan QJMotor.

Model hasil kerjasama itu dikenali sebagai X350 dan X500 yang dihasilkan khusus untuk pasaran Asian.

Adakah model Sprint akan mengikut jejak langkah yang sama digunakan pada X350 dan X500?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here